Benar lah orang kata, malang tidak berbau. Ungkapan ini sesuai menggambarkan detik cemas yang dihadapi Nadia Fariha apabila kenderaan yang dinaiki dia sekeluarga tiba-tiba telah dirempuh oleh sebuah treler yang dipandu dalam keadaan mengantuk. Apa yang lebih menyayat hati apabila dia kehilangan 2 insan berharga dalam hidupnya kerana kemalangan ngeri tersebut.
Hilang 2 insan berharga
Menerusi Twitter, Nadia Fariha, dia menceritkan semula kisah hitam yang menimpa keluarganya kira-kira setahun yang lalu. Disebabkan kemalangan ngeri yang terjadi, Nad kehilangan ibunya serta anak dalam kandungannya yang berusia 4 bulan juga tidak dapat diselamatkan.
Dapat petanda sebelum kejadian
Menceritakan kisah itu, Nad memberitahu sebenarnya sebelum kejadian lagi dia seakan-akan sudah didatangi beberapa petanda daripada ibunya. Tambahnya lagi, seminggu sebelum kejadian ibunya telah demam tetapi disebabkan teringin juga untuk pergi ke Cameron Highland, ibu gagahkan dirinya juga untuk kesana. Sepanjang perjalanan, Nad memberitahu dia berasa tidak sedap hati apabila melihat keadaan ibunya yang suram dan kurang bercakap.
Berhenti solat di petrol pam
Menurut Nad, semasa kejadian terdapat 5 orang di dalam kereta tersebut iaitu Nad, suami, ibu kandung, ibu mertua serta adik iparnya. Mereka kemudian meneruskan perjalanan selepas berhenti solat di stesen minyak Jalan Duta. Namun lain pula yang jadinya apabila kereta mereka tiba-tiba rosak dan terhenti di tepi highway.
Treler seret kereta
Tambah Nad lagi, menurut penceritaan daripada suaminya, Zul memberitahu pada awalnya dia menyangka treler tersebut ingin berhenti di tepi highway tersebut tetapi lain pula yang jadinya apabila treler tersebut secara tiba-tiba merempuh keretanya itu. Sebaik sahaja menyedari keretanya bakal dirempuh treler tersebut, dia dengan segera bertindak menolak ibu kandungnya (ibu mertua Nad) keluar daripada kereta.
Selepas itu, mereka menyedari ibu kandung Nad kemudian berada dalam keadaan lemah dan mereka cuba mengajar ibu Nad untuk mengucap dua kalimah syahadah. Namun, tidak lama selepas itu ibu Nad telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di tempat kejadian.
Dimasukkan ke ICU
Nad kemudian dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke dalam wad ICU. Pada keesokan hari, suaminya memberitahu bahawa Nad mengalami pendarahan dan beberapa organ isterinya itu mengalami kecederaan.
Rupa-rupanya baby lelaki
Tambahnya lagi, Nad dikatakan telah terlantar di hospital selama 20 hari dan bayi dalam kandungnya yang berusia 4 bulan itu disahkan gugur. Doktor kemudian telah mengeluarkan janin tersebut secara normal dan apa yang lebih menyayat hati apabila janin tersebut sudah pun berbentuk baby.
Mengakhiri kisha tersebut, Nad turut meminta orang ramai agar mendoakan untuk arwah ibunya serta berharap agar dia akan dikurniakan rezeki untuk hamil.
Sumber: Nadia Fariha