berita

Pelajar Dikecam Adu Masalah Rumah Sewa Kepada Syed Saddiq

October 2nd, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Tidak semua pelajar yang melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi akan mendapat kemudahan hostel secara percuma sehingga ke akhir pengajian. Oleh itu, pilihan yang ada bagi pelajar-pelajar ini adalah menyewa sebuah bilik luar daripada kampus dengan dengan harga dan kemudahan yang berpatutan.

Perkongsian seorang pelajar menerusi Twitternya Blossom_Spring3 berhubung rumah sewanya baru-baru ini telah menarik perhatian netizen di laman media sosial lebih-lebih lagi individu itu cuba meminta pertolongan seorang menteri.

Tanya pendapat Syed Saddiq

Menerusi perkongsian itu, dia dilihat cuba mendapatkan pendapat Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tentang masalah yang berlaku di antara dirinya dengan pihak tuan rumah.

Dikatakan, tuan rumah itu telah menipu pihaknya dengan menaikkan kadar sewa bulanan selain turut tidak menyediakan kemudahan seperti yang telah tertera dalam iklan tersebut.

Kadar sewa naik dari RM150 ke RM170

Ceritanya, kadar rumah sewa yang diiklankan oleh tuan rumah itu pada mulanya adalah RM150, namun ia dinaikkan kepada RM170 atas alasan ia adalah hostel baru.

Bahkan, apa yang lebih mengundang rasa tidak puas hatinya apabila tuan rumah tersebut dikatakan melanggar kontrak dengan tidak menyediakan kemudahan perkakas rumah seperti yang telah dijanjikan.

Nak kemudahan, cukupkan orang dulu

 

Tambahnya, sejak menyewa dari bulan 4 kemudahan-kemudahan tersebut masih gagal disediakan tuan rumah sehingga ketika ini.

Namun apa yang lebih malang, gadis yang kini berada di tahun ketiga pengajian itu juga berkata tuan rumah telah meminta mereka untuk mencukupkan penyewa kepada 10 orang sebelum mendapat kemudahan-kemudahan itu.

Semua nak minta tolong Syed Saddiq

Perkongsian pengguna Twitter itu bagaimanapun mengundang rasa kurang senang sesetengah netizen apabila ada yang beranggapan dia tidak sepatutnya membuat aduan tentang perkara itu kepada Syed Saddiq.

Bahkan rata-rata daripada mereka turut beranggapan pelajar itu sepatutnya memilih medium yang lebih sesuai bagi menyelesaikan isu ini seperti mengemukakan aduan kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Sumber: Twitter Blossom_Spring3

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×