berita

Kerja Jual Besi Buruk Tapi Selalu ‘Show Off’ BMW, Remaja 18 Tahun Kantoi Jual Dadah

February 5th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Disebalik kekayaan dan kemewahan seorang remaja 18 tahun, siapa sangka rupanya dia menjalankan kegiatan haram dengan mengedar dadah. Kejadian yang berlaku di Kelantan ini terbongkar selepas mereka ditahan polis kerana dipercayai mengamalkan gaya hidup mewah hasil wang haram tersebut.

Hanya bekerja penjual besi buruk

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan, Asisten Komisioner Sheik Azhar Sheik Omar, remaja berusia 18 tahun dan bapanya berusia 60 tahun hanya bekerja sebagai penjual besi buruk di Tanah Merah namun masing-masing mengamalkan gaya hidup mewah antaranya remaja berkenaan memiliki sebuah kereta model BWM 630i M-Sport dua pintu.

Remaja itu dan bapanya antara lima individu yang ditahan polis pada Rabu kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan mengedar dadah. Tiga lagi suspek dipercayai rakan mereka dalam kegiatan itu masing-masing berusia 22, 25, serta 28 tahun.

Dalam serbuan itu, polis telah menahan tiga ahli kumpulan itu yang berada di tepi jalan di Kampung Tok Che Dol, Tanah Merah dan mendapati seorang daripada suspek menggenggam empat paket plastik dipercayai berisi 800 pil kuda dianggarkan bernilai RM8,000.

Sejam selepas itu, polis menyerbu pula sebuah rumah di alamat RPK Gual Ipoh, Tanah Merah dan menahan remaja tersebut bersama bapanya. Mereka membawa polis ke satu kawasan semak berhampiran iaitu tempat menyembunyikan botol mengandungi dadah dipercayai pil kuda, syabu dan heroin dianggarkan bernilai RM112,000

Jumlah sitaan lebih RM200K

Tambah pihak polis lagi, pemilikan kereta mewah berkenaan dipercayai hasil kegiatan jual beli dadah kumpulan tersebut yang aktif di sekitar daerah Tanah Merah sejak awal tahun lalu.

Selainnya, polis juga menyita lima motosikal pelbagai jenis, dua kereta iaitu jenis Proton Satria dan Perodua MyVi serta wang tunai RM829. Jumlah sitaan bernilai RM 203,829 manakala rampasan dadah berjumlah RM120,000 menjadikan keseluruhan rampasan berjumlah RM RM323,829.

Manakala,  ujian urin tiga suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine manakala dua beranak tersebut pula negatif. Difahamkan kesemua mereka mempunyai rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah dan dadah.

Mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula pada Khamis sehingga Rabu depan. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sumber : Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×