berita

‘Kerja Macam Robot, Tak Pedulikan Diri Sendiri.’ – Jururawat ‘Terletih’ Ini Kongsi Kesedihan Sebelum Nekad…

February 25th, 2016 | by Epul
Kini Trending

Misi U29

Ramai yang tak tahu, rupanya bukan senang nak jadi seorang Misi. Ha kalau korang tak tahu Misi ni biasa kalau orang kampung panggil untuk mereka yang bergelar Jururawat. Puncanya sebab setiap kali jururawat datang, mereka ada ‘misi’ yang harus diselesaikan. Jadi itu la sebabnya orang kawasan luar bandar panggil jururawat ni Misi.

Dalam kita tak sedar sebenarnya menjadi seorang jururawat perlukan daya mental dan fizikal yang kuat sebab biasalah nak berhadapan dengan emosi dan juga tubuh pesakit yang ada kalanya pelik dan ada kalanya yang sangat senang nak diurus. So korang faham-faham la ye.

Kalau yang pernah berkasar dengan jururawat, tu apa kata korang baca kisah ni. Semoga terbuka hati.

Tibanya surat Utusan Seri Paduka Baginda.

utusan seri paduka baginda

(Sekadar gambar hiasan)

Mula-mula aku isi borang nak jadi misi dekat SPA8 aku ni ikut member-member je. Kesudahan dia member yang beria-ia nak jadi misi tak ada rezeki aku pulak yang dapat tawaran.Punya degil tak nak jadi misi, pergi interview aku pakai selipar. Dalam bilik interview diorang cuma tanya aku tolong sebut jantung dalam English. Dalam hati aku tu je dia tanya.??

Sebulan lepas tu dapat surat “UTUSAN SERI PADUKA BAGINDA” Tajuk dia, Tawaran mengikuti latihan separa perubatan jururawat terlatih U29. Airmata menitik bukan sebab gembira tapa sebab tak sempat sorok surat. Kantoi dengan ayah aku di mana nak tak nak aku kena pergi latihan ini. boleh bayang tak aku yang degil, gengster kuat bergaduh ni kena jadi misi.

Jururawat Terletih?

Screen Shot 2016-02-25 at 9.32.36 AM

(Sekadar gambar hiasan)

First week masuk kolej aku dah menangis sebab aku tak reti lukis gambar tulang of course la aku budak akaun, tu pun akaun aku cukup makan, ni aku kena belajar anatomi manusia pulak. Alahai !.Dalam minat tak minat 3 tahun tu berjalan dengan lancar aku lulus exam dengan berjaya. Serious aku sendiri pun tak sangka.

Bila dah masuk kerja baru, aku faham kerja jururawat tu bukan sekadar jaga pesakit je. Memang lain sangat dari zaman aku student. So aku diagnoskan Kerjaya aku sebagai JURURAWAT TERLETIH U29. Sebab apa aku cakap macam ni semua kerja atas kepala, bahu, tangan & kaki kau. Mata kau pulak kena ada depan belakang kiri dan kanan.

Biasala tu kadang-kadang tak semua apa yang kita nak kita akan dapat, dan benda yang kadang kita tak minat tu boleh jadi benda yang paling membahagiakan kita suatu hari nanti. So korang rilek dulu sebab bnyak drama jururawat ni.

Drama kehidupan jururawat,korang pun ada gak buat macam ni.

Screen Shot 2016-02-25 at 9.32.17 AM

(Sekadar gambar hiasan)

Allah akan bagi kau macam-macam jenis pesakit ada yang menghiburkan hati, ada yang menyakitkan hati, ada yang boleh buat kau tersentuh hati. Aku ingat lagi kalau dapat jaga budak-budak muda dalam kita tengah sibuk diorang panggil ” Misi misi nak air “kita tengah sibuk pun berhenti pandang dia ” Nak air apa ” dia pun selamba je jawab ” I LOVE U misi ” sambung gelak terkekek-kekek aku pun selamba juga jawab jaga kau “aku cucuk pkai jarum besar”.

Bila kau jadi misi saham memang tinggi jodoh datang bertalu-talu. Makcik pakcik semua berkenan nak buat kau menantu. Kadang-kadang 10 kali relatif yangg sama datang tanya condition pesakit. Rupanya nak ushar nama kat nametag.Lepas tu berjaya pulak dapat nombor telefon misi. Tapi misi macam ni la, bila dah busy sampai lupa nak senyum. Kadang-kadang misi tengah stress sebab tahan kencing.

Serious tak tahu, patut la selalu jururawat-jururawat dekat hospital tu muka sekupang je, rupanya banyak perkara dalam fikiran mana nak fikir pesakit itu ini lagi, kerenah pesakit lagi. Kami tabik spring untuk jururawat-jururawat ni.

Screen Shot 2016-02-25 at 9.33.23 AM

(Sekadar gambar hiasan)

Bila kau jadi misi kau kena jadi derwaman. Sebab bila kita dapat pesakit yang tak ada relatif doktor mintak diorang puasa untuk operation sampai tengah malam operation cancel. Pesakit pun terkebil-kebil tak ada apa nak makan. Misi mesti tak kan smpai hati tengok. Keluarkan duit suruh PPK beli nasi goreng milo ais sebungkus bagi pada pesakit. Bila tengok dia makan tido lena baru misi senang hati. Tapi misi diam je tak bagitau sesiapa.

Esok pagi-pagi bila relatif sampai misi org first kena sembur pasal apa operation boleh cancel ?? Misi diam lagi sebab apa sebab bila menjawab misi terus kena cop kurang ajar. Misi orang yang selalu ada saat-saat pesakit nak hembuskan nafas yang terakhir. Misi orang yang ajar mengucap kadang-kadang misi pun mengalir airmata bila tak dapat selamatkan pesakit tapi bila Ayah sendiri meninggal misi tak de kat sisi. Misi sedih tapi misi tahu ayah mesti bangga anak dia jadi misi yang selalu tolong orang setiap masa.

Tiba-tiba mata masuk habuk. So korang fikir dua kali kalau nak maki hamun jururawat-jururawat yer. Fahami situasi.

Keluarga terkadang jadi nombor dua. Alahai!

Screen Shot 2016-02-25 at 9.32.05 AM

(Sekadar gambar hiasan)

Time raya misi selalu jadi orang yang menjeruk rasa. Pagi raya datang kerja dengan hati sebak bila dengar takbir raya. Seminggu lepas raya baru dapat jejak kaki dekat kampung. Tapi tak pe misi faham memang ini pengorbanan dia. Nak bergaduh suami isteri nak balik beraya kat mane pun misi tak sempat. Kalau dapat cuti raya terkejar kesana kemari sebab katanya cuti tak boleh lebih pada 5 hari. Misi pendam dalam sabar.

Anak-abak membesar dengan kasih sayang pengasuh je sebab lepas habis kerja misi kena attend cume balik keje pun bukan boleh tepat pada waktu walaupun misi datang kerja awal pada waktu. Sebab tu kadang-kadang orang luar tengok misi gomen ni semua garang macam singa sebab ramai yang dah hilang seri tak manis macam gula sebab misi dah sarat beban tak tergalas lagi. Misi hanya fikir untuk kerja seperti robot untuk puaskan hati semua orang tanpa pedulikan hati sendiri. Misi tak kisah kalau sakit Misi kan misi.

Kami Sedia Membantu!

Screen Shot 2016-02-25 at 9.51.53 AM

(Sekadar gambar hiasan)

Misi ni bagi aku orang yang paling kuat semangat dan boleh tahan maki serta boleh tahan pekak kata lah apa pun muka misi tetap seposen macam tu sebab kami jururawat terletih itu yang dah tak terdaya dan tiada pilihan Kerjaya kami boleh kutip pahala & dosa sekelip mata dan Ini punca rezeki kami walau macam mana pun layanan yang kami terima tapi KAMI SEDIA MEMBANTU.

Aku bangga jadi jururawat sebab tak semua orang boleh jadi macam aku. Boleh buat pekerjaan aku. Boleh cuci najis orang yang tak de pertalian darah dengan aku . Kalau kau rasa kerja aku kotor kau silap. Sebenarnya hati kau yang kotor. Kalau kau datang hospital semata-mata nak cari salah jururawat kau fikirlah masak-masak, suatu hari nanti kau tak akan menyusahkan kami semua saat terlantar tidak dapat berbuat apa-apa.

Ayah pilihan mu untuk aku jadi JURURAWAT baru aku tahu.

Screen Shot 2016-02-25 at 9.51.04 AM

(Sekadar gambar hiasan)

Sebelum datang ke saudi Aku juga Misi kerajaan jadi hati aku pedih kalau ada yg berkata tidak baik pd mereka. Kerana aku pernah merasa apa yang mereka lalui. Mereka juga manusia biasa yang tidak sempurna sama juga seperti kamu yang diperbuat dari tanah yg akan kembali pada Maha Pencipta.

Aku selalu pesan pada diri kurangkan angkuh dan mendongak langit kerana satu masa nanti kita tidak tahu siapa yang sudi menolong kita.

Ayah pilihan mu untuk aku jadi JURURAWAT baru aku tahu. Kau mahu aku jadi insan yang selalu bersyukur atas segala-galanya, yang punya insan atas sesama makhluk, yang mendidik rasa sabar aku dan boleh bangkit berkali-kali bila jatuh dan yang selalu ingatkan aku pada kematian.

Sesungguhnya, kalau masih ada yang suka emosi dalam berdepan dengan jururawat tu korang kena faham situasi mereka yang terpaksa berkorban untuk membantu pesakit. Tapi tengok situasi juga la, kadang-kadang ada je yang mengambil kesempatan terhadap pesakit. Kalau berdepan dengan jururawat macam ni boleh buat report pada pihak atasan.

Sumber: Facebook Myzatu Hidayah Malek

 

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×