Perkongsian yang dimuat naik pempengaruh media sosial Ubai MZ di platform X mengenai kehidupan isterinya, penyanyi Shila Amzah telah menyorot perhatian wargamaya.
Artikel Berkaitan: ‘Kau Ingat Aku Takut Ke Kau Nak Sepak Muka Aku Lagi?’ – Shila Amzah ‘Meletup’ Adik Lelaki Reka Cerita Isu Jual Rumah
Artikel Berkaitan: ‘Dia Fake! Kau Dengan Balaci Kau Tengking Mak’ – Adik Shila Amzah Buka Pekung, Dakwa Sengaja Jual Rumah
Kisah hidup Shila Amzah
Menerusi perkongsian itu, Ubai berkata Shila sudah mula bekerja sejak usianya 10 tahun dan akui isterinya sudah melalui kehidupan yang agak mencabar sejak kecil.
Malah, Ubai turut mendedahkan mental dan fizikal isterinya seakan didera selepas penyanyi itu mendirikan rumah tangga dengan bekas suami, Haris Idraki.
Bekerja diawal usia 10 tahun. Tidak pernah pegang duit, kad bank dan ic sendiri sehingga usia 28 tahun. Berkahwin atas pilihan keluarga. Mental dan fizikal abuse dalam tempoh 3 tahun perkahwinan. Tanggung bekas suami.
Bercerai dan trauma. Mulakan hidup baru selepas bercerai dengan menanggung hutang keluarga ratusan ribu. Hutang berjaya dibayar. Sehingga kini masih tanggung keluarga. Dia sendiri. Tiada yang membantu. Baik keluarga mahupun orang lain.
Dalam perkongsian yang sama, Ubai turut berkata pelantun lagu Patah Seribu itu telah bertungkus lumus bekerja demi menyara keluarganya.
Ramai yang cerca dan hina. Hanya dia tahu apa yang dia lalui sepanjang 33 tahun kehidupannya. Tiada tempat untuk berkongsi, jika dikongsi tiada siapa yang endah. Malah lebih dikerah untuk bekerja dan bekerja.
Setiap bulan pasti ada saja yang perlu dibayar dan ditunaikan. Segala hasil titik peluh, perlu dahulukan keluarganya. Tiada alasan yang boleh diberikan, sebab ‘itulah tugas seorang anak sulung, jangan jadi anak derhaka’.
Dalam pada itu, Ubai berkata Shila tidak henti ditimpa ujian apabila kehilangan adik ipar dan ibu mentua dalam tempoh mahu memulakan kehidupan baharu bersamanya.
Gagal dalam perkahwinan pertama, dia mulakan kehidupan baru di perkahwinan keduanya. Juga tidak mudah untuk dia.
Dikurniakan rezeki mendapat insan dan keluarga baru yang mendengar kisah kehidupannya, tetapi nikmat itu hanya sebentar.
Dia kehilangan ibu mertua dan adik iparnya. Seminggu sebelum bertunang, kehilangan adik ipar. Beberapa hari sebelum bernikah, kehilangan ibu mentua.
Saya sangka kehidupan saya sudah cukup mencabar dah penuh dugaan. Ternyata ada yang lebih besar untuk orang lain. Inilah dia kisah seorang wanita hebat yang saya kenali.
Sekadar info, Ubai dan Shila selamat mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur pada 4 Ogos yang lalu.
Imbas kembali, Shila pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada April 2018. Namun bercerai pada Februari 2022.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.
Sumber: X