Foto: Berita Harian
Peguam yang mewakili pemuda terlibat dengan kes bunuh seorang wanita hamil di Sungai Besar beberapa bulan yang lalu memohon agar anak guamnya dirujuk ke hospital psikiatri.
Artikel Berkaitan: Berang Niat Nak Sembunyi Kehamilan Ditolak, Teman Lelaki Robek Perut & Bakar Teman Wanita
Dakwa mental tak stabil
Foto: Buletin TV3
Memetik laporan Buletin TV3, permohonan itu dibuat peguam, Muhammad Nor Tamrin yang mewakili suspek, Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 20, di hadapan Majistret Siti Hajar Ali pada Khamis.
Menurut Tamrin, menerusi satu temu bual dibuat pihaknya bersama tertuduh mendapati keadaan mental anak guamnya itu tidak begitu stabil.
Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Afiq Qiwamuddin Mustapha Shakri dilihat tidak membantah permohonan itu dan menyerahkan segala keputusan kepada budi bicara mahkamah.
Saya serah kepada mahkamah, sama ada beri perintah tersebut di peringkat ini (Mahkamah Majistret), atau memikirkan bahawa ia suatu yang sesuai untuk ditentukan di mahkamah perbicaraan (Mahkamah Tinggi).
Siti Hajar kemudiannya menetapkan 26 September depan untuk keputusan permohonan itu.
Sekadar info, Muhammad Fakrul Aiman dihadapkan ke mahkamah pada 1 Jun yang lalu atas dakwaan membunuh teman wanitanya yang berusia 21 tahun.
Kes dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Difahamkan, kejadian bunuh itu tercetus apabila berlakunya perselisihan faham untuk menyembunyikan kehamilan di luar nikah mangsa.
Tidak dapat menerima berita itu, suspek kemudiannya membunuh mangsa secara kejam dengan menikam, mengelar perut serta membakar teman wanitanya itu.
Sumber: Buletin TV3