Sebelum ini seorang gadis di Twitter telah mendakwa dia hampir dirogol oleh seorang YouTuber terkenal dan laporan polis telah dibuat susulan kes tersebut. Tidak berakhir di situ, YouTuber itu juga telah tampil memberikan kenyataan kepada pihak polis sebelum dia ditahan bagi membantu siasatan.
Artikel Berkaitan: ‘Mangsa Mendapat RM600 Sebagai Upah…’ – YouTuber Terkenal Ditahan Polis Atas Dakwaan Mencabul
Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, YouTuber terkenal yang telah direman sejak Khamis lalu, telah dibebaskan oleh pihak polis.
Bebas dengan jaminan polis
Dia (YouTuber terkenal) dibebaskan semalam dengan jaminan polis. Sebelum ini, lelaki itu yang berusia 22 tahun, telah direman selama tiga hari sebelum dibebaskan. Walaupun dia sudah dibebaskan, pihak polis masih giat menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini.
Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris, menerusi satu panggilan yang dibuat.
Ya, lelaki berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis. Pihak polis masih teruskan lagi siasatan yang belum lengkap.
Terdahulu, media melaporkan tentang tindakan seorang Youtuber terkenal yang ‘dipercayai’ cuba mencabul seorang wanita di Kubang Kerian pada awal Ogos yang lalu. Pada mulanya, mangsa sebelum ini hanya ‘menceritakan’ perkara tersebut di laman Twitter sebelum bertindak membuat laporan polis.
Susulan daripada laporan itu, lelaki tersebut telah tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, sebelum dia ditahan oleh pihak polis.
Sahabat datang melawat
Susulan pembebasan lelaki itu semalam, rata-rata kawannya datang melawat dan memberi sokongan moral kepadanya. Tidak berakhir di situ, dia sempat memuat naik satu Instastory menyatakan dia masih menunggu keputusan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Di penghujung posting tersebut, dia juga sempat menceritakan dia sudah tahu membezakan antara sahabat dan kawan buatnya.
Sumber: Harian Metro