berita

‘Kes Demi Kes’ – Doktor Dedah Pengalaman Berdepan Kematian Kanak-Kanak Tak Diberi Vaksin

February 20th, 2019 | by Amat
Isu & Kontroversi

Isu mengenai pengambilan vaksin untuk kanak-kanak semakin diperdebatkan oleh beberapa individu termasuk doktor freelance. Rata-rata bersetuju vaksin perlu diberikan kepada kanak-kanak bagi meransang sistem daya lawan dalam tubuh.

Seorang pekerja di salah sebuah hospital di Skudai, Fatinah Abdul Salam kongsi pengalamannya berdepan dengan beberapa kes kematian kanak-kanak di ICU gara-gara tidak diberi vaksin.

Saya saksikan kes demi kes

Anggaplah saya seorang saksi, bukan seorang doktor, bersiap sedialah, entri saya panjang

Inilah dia rupa diphteria antitoksin, 1 botol hampir 500 ringgit, kami gunakan 4 botol untuk satu = RM 2000. Dan tak semua hospital ada antitoksin ini. Dengan harapan dapat menyahkan toksin yang dihasilkan oleh corynebacterium diphteriae species. Atau mudah kita panggil diphteria.

Saya telah bekerja di hospital selatan tanah air ini sejak 2017. Saya saksikan kes demi kes. Makin lama makin banyak. Saya jadi kaget. Tak tahulah, mungkin sepanjang 9 tahun belajar dan menjadi doktor pelatih di hospital universiti, katil limited, jadi mungkin sbb tu tak banyak kes kami dapat. Tiada langsung kes diphteria, pernah juga buat attachment di Hospital Teluk Intan 1 bulan, Slim River 1 bulan, HKL 1 bulan. Satu pun takda. Mungkin 1 bulan tu tempoh yang sekejap. Dan mungkin tempat kerja saya sekarang adalah pusat rujukan di selatan, sebab tu kes diterima lebih banyak. Ataupun kadar antivaksin lebih banyak. Baiklah, wallahualam. Saya mahu bersangka baik sahaja.

Bayi meninggal disebabkan oleh diphteria

2018, saya saksikan 4 kes diphteria. Semua tidak diberikan vaksin. 3 meninggal dalam masa 2-4 hari di ICU, semua lingkungan umur kecil-kecil walaupun antitoksin telah diberikan. Cuma 1 sahaja hidup, budak umur lingkungan 9-10 tahun tetapi throat swabnye pseudodiphteria, juga menerima antitoksin.

Saya jadi risau kerana kini, pada tanggal 18/2/2019, datang lagi satu kes diphteria, confirmed. Tetapi apa yang saya lebih risaukan adalah jarak kes sekarang dan kes lepas adalah 2 bulan. Jika anda masih ingat tular di akhbar harian mengenai bayi meninggal disebabkan oleh diphteria adalah bulan 10, bulan 12 kami terima lagi dan kemudian kanak-kanak 9-10 tahun tu, kes terbaru kami pada bulan ini. Lebih-lebih lagi tular gerakan anti-vaksin lebih banyak di area Skudai.

Duduklah di hospital selama setahun

Oh ya, kes terbaru ini juga kini kritikal di pediatrik ICU. Saya saksikan kami telah lakukan yang terbaik untuk anak ini. Memandangkan hospital kami cuma tinggal 2 botol anti toksin, kami telah dapatkan lagi 2 botol di Kuala Lumpur. Susah payah penat kami abaikan, risiko berjangkit dengan kami pun kami abaikan demi kelansungan hidup anak ini. Doakanlah anak ini.

Jika anda menyeru dengan #educatebeforevaccine, mulakanlah dulu #educateifnotvaccinated. Saya percaya, anda semua golongan terpelajar, beragama. Janganlah anda menafikan hak-hak orang lain hanya kerana pendapat atau “right” anda. Duduklah di hospital selama setahun. Saksikanlah apa yang saya telah saksikan.

Saya harapkan entri saya ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran netizen yang masih berkira-kira nak vaksinkan anak mereka.

Sumber: Fatinah Abdul Salam

SKIP THIS AD ×