Penyampai radio, Fizi Ali memberitahu isu berkaitan hadanah iaitu hak penjagaan anaknya telah selesai, hari ini.
Artikel Berkaitan: Shakilla Khoriri Dapat Hak Penjagaan Sementara Anak – ‘Saya Akan Buat Apa Sahaja Untuk Ameena’
Artikel Berkaitan: Fizi Ali Setuju Beri Hak Jagaan Anak Kepada Shakilla – ‘Tiada Istilah Menang Atau Kalah’
Artikel Berkaitan: Fizi Ali Rujuk Pakar Selesai Isu Hak Penjagaan Anak – ‘Bukan Nak Tunjuk Saya Banyak Duit Atau Berlagak’
Bersetuju dengan syarat
Menurut Fizi, dia berasa syukur kerana kes hadanah untuk Ameena telah selesai secepat yang mungkin. Ujar Fizi lagi, dia dan bekas isteri iaitu Shakilla Khoriri telah bersetuju dengan syarat-syarat yang telah diberi.
Terima kasih untuk peguam kes kami Puan Husniah Husin dan pembantu @maisymustapa bersusah payah untuk selesaikan kes kami.. Alhamdulillah dengan bantuan puan husniah husin kes hadhanah boleh selesai secepat ini. Semoga yang baik di masa hadapan untuk kita semua.
Terdahulu, Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin berkata, kadangkala, perbincangan memerlukan orang ketiga seperti peguam untuk memastikan proses perbincangan lebih lancar.
Tambah Fizi, setiap kali timbul pertanyaan atau keraguan, dia akan merujuk kepada peguamnya yang akan menjadi perantara untuk berbincang dengan peguam pihak bekas isterinya.
Sumber: Fizi Ali