Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu menetapkan 13 Ogos ini bagi sebutan semula kes pelakon Hafidz Roshdi yang didakwa mencederakan bekas isterinya pada Mac lalu.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Hafiz Roshdi Puas Hati Shuhada Tarik Balik Kes Pukul – ‘Saya Rasa Ini Berita Sangat Menggembirakan’
Artikel berkaitan: [VIDEO] Shuhada Tarik Semula Kes Dipukul Hafidz Roshdi, Tiada Sebarang Unsur Provokasi & Paksaan
Sebutan semula kes
Memetik laporan Berita Harian, Timbalan Pendakwa Raya, Asmaa’ Zamri memaklumkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza yang bertindak sebagai majistret bahawa pihaknya masih belum menerima arahan lanjut isu penarikan laporan polis oleh Nurul Shuhada Mat Shukri.
Kami belum menerima arahan baharu mengenai kes ini susulan pengadu sudah menarik balik laporannya.
Dalam pada itu, Asmaa’ memohon tempoh dua minggu lagi untuk merujuk arahan terbaru.
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Hafidz Roshdi berkata pihaknya tiada bantahan mengenai permohonan itu.
Kita mengesahkan belum ada arahan terbaru mengenai kes ini justeru, tempoh dua minggu yang dimohon adalah munasabah dan harap ini adalah yang terakhir.
Pada 13 Mac 2023, Hafidz mengaku tidak bersalah atas tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya ketika itu, Nurul Shuhada dengan menumbuk pipi kiri wanita itu sebanyak tiga kali sehingga luka, lebam dan bengkak.
Pelakon tersebut dituduh melakukan perbuatan berkenaan berhampiran susur keluar Tol Sungai Buaya di sini pada jam 3.22 pagi, 2 Mac tahun lalu.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum bagi sabitan di bawah Seksyen 323.
Pada 27 Julai 2023, pasangan itu disahkan bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.
Sumber: Berita Harian