berita

Kes Ibu Berusia 15 Tahun Tikam Bayi Baru Dilahirkan, Polis Cari Mohammad Hazuarie Bantu Siasatan

February 12th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini, media sosial kecoh mengenai kes pembunuhan seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dipercayai ditikam ibu kandungnya berusia 15 tahun di sebuah rumah di Kemaman, Terengganu.

Artikel Berkaitan: Keluarga Tak Tahu Diri Hamil, Remaja 15 Tahun Tikam Bayi Sendiri Hingga Mati Selepas Melahirkan

Susulan daripada itu, pihak polis kini giat mengesan seorang lelaki berusia 20 tahun bagi membantu siasatan berkaitan kes pembunuhan itu dan dakwaan memperkosa remaja terbabit.

Polis cari Mohammad Hazuarie Hassan

Suspek, Mohammad Hazuarie Hassan

Memetik laporan Harian Metro, individu yang dikenali sebagai Mohammad Hazuarie Hassan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan bayi lelaki tersebut. Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman iaitu Superintendan Hanyan Ramlan, pihaknya sudah meminta suspek untuk menyerah diri bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan namun sehingga kini suspek masih belum berbuat demikian.

Kami juga mengalu-alukan bantuan orang ramai menyalurkan maklumat kepada polis sekiranya mengetahui di mana lelaki itu bersembunyi.

Menurut Superintendan Hanyan Ramlan lagi, pihaknya juga sudah cuba mengesan suspek termasuk pergi ke rumahnya yang terletak di Bandar Seri Bandi, Terengganu namun dia dipercayai melarikan diri ke bahagian utara Terengganu.

Orang ramai yang mengenali dan mengetahui di mana suspek berada bolehlah menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Afif Mohd Amin di talian 012-6380342 atau menghubungi balai polis berhampiran.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×