berita

Kes Keempat Positif Koronavirus Dibawa Masuk Lelaki Wuhan Dari Singapura

January 26th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Satu lagi kes positif koronavirus di Malaysia dan merupakan kes yang keempat. Kenyataan ini telah disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan melibatkan seorang lelaki berumur 40 tahun berasal dari Wuhan, China. Difahamkan lelaki itu tiba di Johor Bahru pada 22 Januari 2020 dengan menaiki bas dari Singapura.

Bersama rombongan 17 orang

Menurut laporan Sinar Harian, lelaki itu datang bersama isteri dan seorang anaknya mengikuti sekumpulan pelancong warga China seramai 17 orang kesemuanya.

Kes mula mengalami gejala demam pada 23 Januari 2020 dan keesokan harinya beliau telah pergi mendapatkan rawatan di salah sebuah hospital swasta berhampiran. Pada ketika ini individu tersebut masih mengalami demam dan batuk, namun beliau berada dalam keadaan stabil.

Telah terima sampel pesakit

Foto hiasan

Bagaimanapun, Pasukan Perubatan Penyakit Berjangkit Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru telah menjalankan ujian pengesanan dan pengesahan kes lelaki dari Wuhan itu.

Ujian pengesanan dan pengesahan bagi kes ini telah dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). Pada petang 25 Januari 2020, pihak Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC) Kebangsaan telah menerima pelaporan bahawa sampel pesakit terbabit didapati positif coronavirus.

Hasil saringan mendapati mereka tidak demam dan tidak mempunyai sebarang gejala jangkitan. Sampel klinikal seterusnya telah diambil dalam kalangan kontak tersebut untuk menjalani ujian pengesanan dan pengesahan coronavirus di MKAK Sungai Buloh.

Kesemua kontak tersebut seterusnya telah diletakkan di bawah Perintah Pemantauan dan Pengasingan di tempat yang disediakan sementara menunggu keputusan ujian yang dijalankan ke atas mereka.

Sumber: Sinar Harian, Astro Awani

SKIP THIS AD ×