Kes kematian melibatkan pelajar yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dipercayai dilanggar oleh seorang pegawai kanan polis tentunya mengejutkan ramai pihak susulan tularnya beberapa video mengenai kejadian itu di media sosial.
Terbaharu, seorang individu yang mendakwa dirinya saksi kejadian itu tampil memberikan kenyatannya berhubung kemalangan yang berlaku.
Artikel Berkaitan: ‘Punca Kematian Adalah Kecederaan Di Bahagian Dada & Abdomen Akibat Pelanggaran’
Langgar dari belakang
Menerusi ruangan komen di laman Instagram (IG) viralperak, individu tersebut mendakwa suspek yang mengejar mangsa sehingga di simpang tiga kawasan perumahan sekitar Meru telah melanggar mangsa dengan menggunakan kenderaannya dari belakang.
Saya saksi kejadian depan mata saya, suspek kejar si mangsa satu taman sampailah di simpang tiga mangsa mula ‘give up’ dan memperlahankan motosikalnya dan menjadikan jarak motornya dan kereta suspek dalam empat ke lima meter.
Mangsa mula memperlahankan motornya dengan harapan kereta suspek yang berada di belakang juga memperlahakan kenderaan namun suspek terus melanggar mangsa dari belakang.
Dalam pada itu, individu tersebut juga mendakwa melihat dua tayar kanan kereta suspek turut melenyek badan badan mangsa yang terjatuh di atas jalan.
Dua tayar kanan kereta suspek lenyek badan mangsa. Saya saksi betul-betul di hadapan kemalangan, waktu itu saya berada di tepi bahu jalan.
Terdahulu, tular beberapa video memaparkan kejadian kemalangan tersebut sehinggakan menjadi perhatian wargamaya di media sosial.
Dalam kejadian tersebut, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Zaharif Affendi maut ditempat kejadian manakala suspek yang merupakan pegawai polis dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah tidak mengalami sebarang kecederaan.
Dalam perkembangan lain, suspek yang berusia 44 tahun itu ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Instagram