berita

Kes Lelaki Gesel Zakar Dalam LRT, Ini Pesan Syed Azmi Kepada Mereka Yang Hanya Tengok Dan Ketawa

December 18th, 2017 | by faris
Isu & Kontroversi

Gambar hiasan

Isu gangguan seksual di dalam pengangkutan awam bukanlah isu baru. Masalah ini membuatkan ramai wanita takut menggunakan perkhidmatan berkenaan. Namun ada yang tiada pilihan lain dan terpaksa berjaga-jaga dengan lelaki bernafsu syaitan.

Minggu lalu netizen heboh dengan kes seorang wanita mengalami detik cemas apabila seorang lelaki menunjukkan kemaluan kepadanya ketika di dalam tren. Aktivis kemanusiaan, Syed Azmi berpendapat mangsa tidak boleh dipersalahkan dan perlu dibela maruahnya.

Tiada siapa berhak ganggu privasi dan keselamatan orang lain

 

Ini adalah perbualan saya dengan mangsa gangguan seksual dalam LRT tempoh hari. Mujurlah dia bekerjasama dengan Prasarana dan pihak polis berkenaan kes itu dengan memberikan semua bukti yang ada walaupun mangsa masih terkejut.

Saya puji keberaniannya menjerit bukan hanya untuk diri sendiri, malahan untuk mereka yang berpotensi menjadi mangsa. Tiada siapa boleh mengganggu privasi dan mendatangkan kemudaratan, bukan hanya oleh penyangak berkenaan, malahan sesiapa pun.Keadaan ini bukanlah baru.

Netizen akan tetap salahkan mangsa

Gambar hiasan

Kita sudah jelak dengan aduan sebegini yang sudah banyak menyaksikan mangsa akan tetap dipersalahkan. Secara umumnya, mangsa akan dicari kesalahannya. Awak pakai apa, ketat ke tidak, awak goda dia, siapa suruh berdiri situ, jalan situ and etc lah. Itu standard orang kita.

Next the standard of kenapa tak jerit kuat lagi, saya tak faham English cik cakap apa, itu main-main aje, gurau je tu, tak perasan pun, oooh tempat ni memang biasa, dah ramai kena dah are things on how management try to defend themselves instead of finding solutions. Standard.

From netizens, bangsa apa orang jahat tu, kenapa tak keluar dengan kawan, awak pakai baju apa, tak pakai tudung?… Ohhh patutlah and all judgement again.

Buat laporan untuk elak perkara berulang

Gambar hiasan

Kebanyakan mangsa yang membuat laporan bukan meminta simpati tapi untuk meningkatkan kesedaran sekaligus mengetatkan keselamatan bagi mengelakkan perkara sama berulang. Bukan compensation. Maruah tak ternilai.

Apa yang berlaku antara Prasarana dan mangsa bukanlah isunya di sini. Apa yang penting adalah meningkatkan kawalan keselamatan.

Mangsa ada foto penyangak berkenaan tapi tidak boleh diviralkan kerana polis sedang menyiasat. Jadi kita biarkan polis buat kerja dan Prasarana lakukan penambahbaikan. Tapi kalau takda jugak, tak tahulah apa yang boleh kita buat. Takkan we want to bersangka buruk about them. Kannnn. Bagi diorang ruang.

Kepada yang tengok dan ketawa, doakan tidak berlaku kepada orang terdekat

But if tak buat apa-apa and jadi lagi pada orang lain personally i would create awareness to public untuk berjaga-jaga.

Kepada orang awam yang hanya tengok dan ketawa, doakanlah insiden ini tidak berlaku kepada emak, isteri, kakak atau anak perempuan anda. Baru tau. Until then, give support to both victims and the investigation. Jangan let them to brush it away.

Post ni ditulis penuh dengan bersangka baik, janji buat kerja ye Prasarana. We want to see result. The client is your customer and you are obliged to ensure safety for all your commuters. Making report alone is not the end, now let the healing and trust build up again.

Sumber: Syed Azmi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×