berita

Kes Masih ‘Panas’, Nama Puteri Balqis Digugurkan Daripada Drama 14 Episod

September 8th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Ekoran nama masih menjadi perbualan hangat selepas dakwaan dicabul, pelakon Puteri Balqis mendedahkan bahawa namanya digugurkan daripada penggambaran drama untuk siaran sebuah televisyen swasta.

Artikel Berkaitan: Didakwa Lakukan Gangguan Seksual, Bapa Puteri Balqis Ditahan Polis

Artikel Berkaitan: ‘Dia Tengok Pornografi Macam Kartun’ – Puteri Balqis Dedah Jadi Mangsa Gangguan Seksual Ayah?

‘Biasalah kes tengah viral’

Memetik laporan BOOM!, perkara tersebut didedahkan sendiri oleh ibu kepada Puteri Balqis iaitu Norashikin Mohd Aziz atau Ashikin yang bimbang memikirkan masa depan kerjaya seni anaknya itu.

Sedih untuk beritahu, tawaran kerja untuk sebuah stesen televisyen swasta sebanyak 14 episod ditarik balik. Biasalah kes tengah viral.

Saya juga bimbang jualan buku juga akan perlahan.

Selain berlakon, pelakon yang mesra dipanggil Aqish itu juga meraih pendapatan menerusi jualan buku hasil nukilannya sendiri iaitu 38 Poems of Puteri Balqis.

Meskipun bimbang, Ashikin percaya dengan rezeki yang diatur Allah buat mereka berdua.

Saya risau, tetapi kami dikelilingi orang-orang yang baik dan amat membantu. Itu sudah memadai untuk saya terus kuat.

Difahamkan, namanya digugurkan selepas pelakon itu secara terbuka membuat pendedahan pernah dicabul bapanya, Azizi Aziz menerusi satu temu bual di laman Youtube, pada Sabtu lalu.

Sumber: BOOM!

SKIP THIS AD ×