Pejabat Agama Daerah Kota Setar mendedahkan kes pernikahan di negara jiran, Thailand yang melibatkan pasangan yang tinggal di daerah itu telah meningkat sehingga 15 peratus.
Artikel Berkaitan: Terkena Tempias Isu Syamsul Yusof & Ira Kazar, Fara Salleh ‘Penat’ Diasak Netizen – ‘Bukan Aku Yang Bawa Dorang Ke Thailand’
Artikel Berkaitan: Jadi Wali Kepada Ira, Ibu Syamsul & Keluarga Enggan Maafkan Kazar
Nikah di Thailand
Menurut Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Datuk Syeikh Ahmad Faisol Omar, sebahagian besar pernikahan terbabit melibatkan individu berstatus bujang dan berpoligami tanpa kebenaran.
Bukan itu sahaja, kebanyakan pernikahan tersebut didapati tidak sah dari segi hukum disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk wali dan masih berstatus isteri orang.
Terdapat lima hingga enam peratus yang bernikah di Thailand ini didapati tidak sah dalam pengesahan pernikahan mereka. Antara sebabnya adalah wali hakim yang tak bertauliah atau kahwin dengan isteri orang.
Tambah Faisol lagi, ada juga kes pernikahan tanpa kebenaran melibatkan wanita yang masih dalam tempoh edah. Sementara itu, mana-mana pasangan yang bernikah di Thailand berdepan hukuman denda kerana gagal mendapatkan kebenaran.
Hukuman bagi setiap kesalahan (bernikah di luar tanpa kebenaran) adalah denda RM1,000 manakala yang berpoligami tanpa kebenaran akan didenda RM3,000.
Bagaimanapun, Faisol turut menegaskan agar setiap pasangan yang bernikah di negara terbabit segera mendaftarkan pernikahan mereka serta dapat disahkan di Malaysia bagi mengelakkan sebarang masalah.
Sumber: Bernama