berita

‘Kes Pelajar Lelaki Minum Air Ketum Adalah Perkara Biasa’ – AADK

April 7th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Terbaru tular satu video menyaksikan tiga pelajar perempuan dipercayai minum air ketum. Ketiga pelajar ini merupakan pelajar Tingkatan 3 dan kejadian berlaku di luar kawasan sekolah dan selepas tamat sesi persekolahan. Walaubagaimanapun, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan polis sudah memulakan siasatan berikutan dakwaan tersebut.

Sebaliknya, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kelantan menyifatkan amalan minum air ketum dalam kalangan sesetengah pelajar lelaki di Kelantan sudah menjadi kebiasaan. Seorang buruh yang didakwa menjual air ketum kepada tiga pelajar perempuan telah ditahan bagi membantu siasatan. Malah, pelajar ini juga mengaku air minuman tersebut adalah air ketum.

Minum ketum sudah menjadi kebiasaan?

Kes pelajar lelaki minum air ketum adalah perkara biasa berlaku namun bukan bermakna semua pelajar mengamalkan air ketum tersebut.

Kenyataan ini telah dinyatakan Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kelantan, Rohayu Ahmad. Menurut hasil kajian yang dilakukan tahun lepas, didapati segelintir pelajar lelaki di negeri tersebut meminum air ketum dan positif dadah selepas menjalani saringan ujian air kencing.

Kami mendapati beberapa pelajar mengaku ada mengambil dadah sebelum ini walaupun keputusan air kencing mereka negatif. Malah, ramai juga yang mengaku terlibat dengan pengambilan air ketum khususnya pelajar lelaki.

Dia mengakui pengambilan air ketum oleh pelajar perempuan adalah jarang sekali berlaku. Namun, berdasarkan tinjauan ianya mempunyai kenaikkan peratusan kes.

Dijual dengan harga murah

https://www.youtube.com/watch?v=FukpJN30ZN8

Namun, Pengarah AADK ini akan terus berusaha bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kesan buruk air ketum.

Kalau orang tua dahulu, mereka akan minum air ketum ini sekiranya mereka sakit. Tetapi, remaja zaman kini ambil air ketum secara berpanjangan sehingga mengakibatkan ketagihan dan mewujudkan tindak balas kimia.

Air ketum ini mudah untuk didapati dengan harga yang murah. Kebanyakkan akan dijual kepada pelajar sekolah bagi melariskan perniagaan.

Credit: Astro Awani

SKIP THIS AD ×