berita

Kes Pencemaran Sisa Kimia, Semua Sekolah, TABIKA & TASKA Di Daerah Pasir Gudang Tutup Serta Merta

March 14th, 2019 | by Ai
Kini Trending

Selepas gelombang kedua pencemaran sisa toksik menyerang, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik telah mengumumkan semua sekolah di Daerah Pasir Gudang ditutup serta merta. Arahan tersebut dikeluarkan rentetan daripada peningkatan angka mangsa yang menerima rawatan akibat pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim.

111 sekolah ditutup

Menerusi laman Facebooknya, beliau telah memaklumkan bahawa sebanyak 111 buah sekolah di daerah Pasir Gudang ditutup serta merta sehingga keadaan kembali pulih.

Berdasarkan kepada situasi semasa dan makluman daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk menutup semua, 111 sekolah di daerah Pasir Gudang berkuatkuasa serta-merta pada hari ini (13 Mac 2019) sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sehubungan itu, semua murid, guru, kakitangan dan pekerja di semua sekolah-sekolah berkenaan tidak perlu hadir ke sekolah masing-masing sehingga situasi kembali pulih.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia memohon agar semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

TABIKA & TASKA juga diarah tutup

sisa toksik

Selain sekolah, Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA KEMAS) sekitar Pasir Gudang juga diarah tutup sementara bermula 14 Mac sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Arahan tersebut dikeluarkan oleh Pihak Pengurusan Tertinggi KEMAS yang melibatkan 64 TABIKA dan 1 TASKA di Daerah Pasir Gudang. Manakala di kawasan Tebrau pula membabitkan penutupan 25 TABIKA dan 1 TASKA diikuti 1 TABIKA di Tenggara.

Sumber: Dr Maszlee Malik , Harian Metro

SKIP THIS AD ×