berita

Kes Positif Covid-19 Naik Mendadak, PKP Bersasar Bakal Dilaksanakan?

January 8th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, penularan Covid-19 di negara kita semakin kritikal dan membimbangkan orang ramai. Kerajaan mengakui kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah merupakan antara punca peningkatan bilangan kes positif Covid-19 naik mendadak.

Artikel berkaitan: Selepas Pilihan Raya Negeri, Kami Terima Hampir 100 Sampel

Terbaru, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memberi peringatan mengenai keadaan wabak Covid-19 dengan mencadangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersasar untuk mengurangkan tekanan pada sistem penjagaan kesihatan. 

Keputusan akan dibuat secepat mungkin

Menurut laporan yang dipetik dari Sinar Harian, Dr Noor Hisham berkata, perancangan tersebut perlu dilaksanakan mengikut keadaan dan situasi di sesetengah kawasan. Pendekatan ini juga perlu lebih bersasar daripada PKP yang dilaksanakan pada 18 Mac tahun lalu yang melibatkan seluruh negara.

Sekarang saya rasa strategi kita akan berubah, kita akan lebih (melihat keadaan) setempat dan disasarkan daripada segi pelaksanaan.

Tambahnya lagi, perbincangan untuk cadangannya itu sedang berlangsung dan keputusan akan dibuat secepat mungkin.

Sistem penjagaan kesihatan dalam keadaan kritikal

Foto: Asia One

Menurut beliau, sistem penjagaan kesihatan kini berada di tahap genting dan berhadapan dengan penambahan jumlah pesakit yang tinggi. 

Kami melihat bagaimana kami dapat meningkatkan sistem penjagaan kesihatan kita. Tetapi yang terbaik adalah bukan hanya meningkatkan sistem penjagaan kesihatan kita tetapi untuk mengurangkan beban

Namun begitu, beliau menjelaskan strategi baharu itu akan melibatkan peraturan yang berbeza untuk setiap negeri. Pihak KKM sedang memantau keadaan di zon hijau dan zon kuning untuk melihat bagaimana mereka dapat melindungi dan mengawal kes daripada meningkat di zon-zon berkenaan.

Susulan itu, tindakan yang lebih drastik akan diambil bagi zon merah. Pihak KKM mungkin akan melaksanakan tindakan yang lebih bersasar di negeri-negeri berkenaan dengan memantau kluster-kluster yang ada di negeri itu.

Untuk pertama kalinya, pada 7 Januari 2021, Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi mencecah angka tiga ribu iaitu sebanyak 3,027 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 128,465 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 25,221 kes.

Sumber: KPK Kesihatan, Sinar Harian.

 

SKIP THIS AD ×