berita

Kes Pulih Melebihi Kes Positif Baharu, Jumlah Kematian Setakat Ini 70 Kes – KP Kesihatan

April 10th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini melaporkan terdapat 222 kes berjaya sembuh dan dibenarkan keluar daripada hospital. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih ialah 1830 kes secara keseluruhan setakat ini.

Sementara itu, terdapat 118 kes positif baharu dilaporkan dan pertambahan 3 kes kematian. Jumlah kumulatif kematian di Malaysia adalah 70 kes.

Jumlah pulih melebihi kes positif baharu

Menurutnya lagi, status terkini setakat 10 April 2020 menunjukkan kes pulih melebihi kes positif baharu. Jumlah positif keseluruhan setakat ini dilaporkan sebanyak 4,346 kes dimana 40 memerlukan bantuan alat pernafasan.

3 lagi kematian

Kes kematian ke-68 adalah seorang lelaki warga tempatan yang mempunyai penyakit kencing manis dan kontak rapat kepada kes ke-159 (kluster Sri Petaling). Manakala bagi kes ke-69 adalah seorang lelaki berumur 77 tahun yang mempunyai penyakit kencing manis. Kes kematian ke-70 adalah wanita berumur 88 tahun mempunyai penyakit darah tinggi, penyakit jantung dan dementia. Mangsa merupakan kontak rapat kepada kes ke-1684.

Sumber : KKM Putrajaya

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×