berita

Kes Seleweng RM42 Juta, Peguam Sedih Najib Diarah Bela Diri, Tapi Gembira…

November 11th, 2019 | by faris
Kini Trending

Mahkamah pagi ini memerintahkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membela diri setelah pihak pendakwaan mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Najib.

Peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah memberitahu media reaksi Najib apabila keputusan berkenaan dibuat mahkamah, sebentar tadi.

Berjaya patahkan hujah pendakwaan

Muhammad Shafee menjangkakan anak guamnya itu untuk terlepas tanpa perlu membela diri.

Beliau terkejut dan menjangkakan pembebasan daripada ketujuh-tujuh pertuduhan tersebut. Jadi sudah tentu beliau terperanjat… terkejut adalah perkataan lebih tepat

Menurut peguam terbabit, pihaknya berkeyakinan sedemikian kerana mereka berjaya mematahkan hujah pertuduhan pihak pendakwaan.

Gembira Najib diberi peluang

Muhammad Shafee berkata walaupun sedih apabila Najib perlu membela diri, dalam masa sama dia juga gembira kerana anak guamnya itu diberi peluang untuk menceritakan dari pihaknya.

Apa yang boleh saya katakan ialah, setelah mendengar keputusan itu, walaupun saya sedih beliau (Najib) diperintah untuk membela diri, tetapi saya gembira atas dua sebab.

Satu, anda akan mendengar kisah sebenar dari tertuduh. Dia perlu memberitahu versi apa yang berlaku di SRC, sejauh mana yang dia tahu, apakah perkara yang boleh dipertikaikannya, sama ada dia mengawal SRC, seperti yang telah kita katakan bahawa ia bukan bawah kawalannya

Sumber: MalaysiaKini

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×