berita

‘Kes Serius, Perlu Dikenakan Tindakan Tatatertib’ – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Siasat Kes Bayi Tertukar

February 23rd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, viral sebuah kisah mengenai seorang wanita yang mendakwa bayinya telah tertukar dengan bayi pasangan lain. Menurut wanita tersebut, pihak hospital telahpun meminta maaf kepada mereka dan mendakwa kecuaian yang berlaku adalah berpunca daripada pihak hospital sendiri.

Artikel berkaitan: ‘Nasib Baik Tergerak Hati Nak Datang’ – Wanita Kongsi Detik Cemas Bayi Tertukar, Siap Dah Bawa Balik!

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka telah melakukan siasatan dalaman terhadap kes tertukar bayi di hospital negeri tersebut pada minggu lalu. Mereka bakal menyiasat sama ada kes yang berlaku itu merupakan kecuaian petugas kesihatan atau sebaliknya.

Tindakan tatatertib

Sekadar gambar hiasan

Menurut EXCO Kesihatan dan Antidadah Negeri, Datuk Rahmad Mariman, tindakan tatatertib perlu dikenakan ke atas petugas kesihatan berkenaan jika terdapat unsur kecuaian sehingga menyebabkan kes itu berlaku.

Kes ini tidak pernah berlaku di Melaka dan ia dikatakan berpunca daripada kesilapan dan kecuaian petugas. Jadi saya mengesyorkan supaya petugas kesihatan yang terbabit dikenakan tindakan tatatertib kerana ia adalah kes yang serius.

Terdahulu, wanita tersebut memberitahu bahawa dia telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki seberat 3.1 kilogram pada 12 Februari yang lalu. Tambahnya, dia bersalin secara pembedahan. Selepas bersalin, anak kepada wanita tersebut perlu ditahan di hospital kerana mengalami demam kuning. Malah, doktor turut ingin memantau keadaan anaknya pada ketika itu.

Selepas sehari melakukan pemantauan, doktor memanggil mereka suami isteri untuk melihat cara penyusuan buat bayi. Pada hari tersebut juga, mereka yakin bahawa anak mereka boleh keluar dari hospital keesokan harinya. Namun begitu, doktor dipercayai memberitahu bahawa mereka tidak boleh mengambil bayi tersebut kerana berat badannya semakin berkurang.

Diselesaikan dengan cara yang baik

Sekadar gambar hiasan

Oleh kerana tidak sedap hati, mereka suami isteri menelefon semula doktor dan meminta kebenaran untuk datang menyusukan bayi tersebut. Semasa tiba di hospital dan hendak memberikan susu, Hafiza mendakwa bayi yang berada bersamanya itu bukan anaknya. Lantaran itu, dia meminta pihak hospital untuk membuat pemeriksaan semula.

Ujar Rahmad lagi, kes tertukar bayi tersebut bagaimanapun diselesaikan dengan cara baik antara pihak hospital dan kedua-dua keluarga. Justeru, beliau yang mewakili Kerajaan Negeri Melaka serta Jabatan Kesihatan Negeri tersebut memohon maaf mengenai perkara itu dan berharap kejadian itu tidak berulang lagi.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×