berita

Kes Terpotong Kepala Zakar: Pemuda Tak Dapat Ganti Rugi RM3.1 Juta, Hanya Peroleh RM123,556

September 19th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

 

Kes Terpotong Kepala Zakar

Gambar sekadar hiasan

Seorang pemuda yang memfailkan saman selepas kepala alat sulitnya terpotong ketika berkhatan 13 tahun lalu hanya memperoleh RM123, 556 berbanding Rm3 juta yang dimintanya selepas memenangi kes tersebut terhadap Kerajaan Malaysia dan empat pihak lain.

Artikel Berkaitan: Potong Zakar Suami Sendiri, Wanita Dituntut Bayar Ganti Rugi Lebih RM166k

Jumlah ganti rugi terlalu tinggi

Kes Terpotong Kepala Zakar

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Ravintharan Paramaguru memaklumkan keputusan itu dibuat sebulat suara selepas mendapati jumlah ganti rugi yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini adalah terlalu tinggi.

Ganti rugi am RM2 juta diperoleh responden (pemuda) terlalu tinggi dan tidak disokong oleh sebarang dokumentasi. Oleh itu, ganti rugi am RM2 juta dikurangkan kepada RM100,000 manakala ganti rugi khas dikurangkan daripada RM108,356 kepada RM23,556.

Mahkamah juga mengetepikan ganti rugi teruk dan teladan berjumlah RM1 juta yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi kerana kedua-dua ganti rugi itu tidak dinyatakan dalam pliding (tuntutan saman) dan tiada asas untuk membenarkan kedua-dua ganti rugi tersebut namun kos RM100,000 yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi dikekalkan.

Dalam pada itu, Ravintharan berkata, mahkamah sama sekali tidak akan mengganggu dapatan hakim bicara yang mendapati kelima-lima defendan, yang merupakan perayu dalam kes ini, bertanggungjawab atas kelewatan rawatan terhadap pemuda itu di dua hospital.

Terdahulu, Kesemua defendan sebelum ini membuat rayuan selepas Hakim Datuk Akhtar Tahir memberikan ganti rugi berjumlah RM3.1 juta kepada pemuda berusia 22 tahun pada 7 April 2022 yang lalu.

Menurut Akhtar yang mengeluarkan penghakiman bertulis pada 27 Mei 2022, memaklumkan bahawa kelewatan kakitangan perubatan ketika merawat kecederaan plaintif telah menyebabkan harapan untuk menyelamatkan alat sulit mangsa tidak kesampaian.

Untuk info, plaintif yang mendakwa proses sunat ke atasnya tidak dilakukan dengan prosedure yang betul telah memfailkan saman melalui ibunya pada 19 Julai 2018.

Dakwa plaintif, prosedur yang dilakukan itu telah menyebabkan seluruh kepala zakarnya terpotong sehingga mengakibatkan kecacatan kekal.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×