berita

Kes Tikam & Bawa Mayat ‘Kekasih’ Ke Balai, Pakcik Mangsa Nafi Hubungan Dengan Suspek

February 6th, 2018 | by faris
Kini Trending

Semalam, satu negara dihebohkan dengan tindakan seorang lelaki yang menikam mati seorang wanita dipercayai kekasihnya. Kemudian, lelaki berkenaan membawa mayat mangsa ke Balai Polis Damansara bersamanya untuk menyerah diri.

Artikel berkaitan: Tikam Dan Bawa Mayat Kekasih Ke Balai, Apa Motif Kes Bunuh Paling Rare Ini?

Polis tidak menolak kemungkinan motif pembunuhan tersebut melibatkan perhubungan suspek dan mangsa yang dikatakan mempunyai hubungan cinta. Namun pendedahan keluarga mangsa pada hari ini nyata mengejutkan.

Keluarga nafi hubungan mangsa dengan suspek

New Straits Times melaporkan, bapa saudara mangsa menafikan hubungan suspek dengan mendiang anak saudaranya itu. Bapa saudara D. Tharani yang hanya mahu dikenali sebagai Manimaran berkata, D. Thirani cuba mengelak berjumpa dengan suspek yang banyak mengganggu mangsa di tempat kerja mereka.

Tambah Manimaran, Tharani mungkin telah mereka-reka cerita dia sudah berkahwin untuk mengelak tindakan lebih jauh suspek.

Dia mesti dah buat cerita yang dia sudah berkahwin, walaupun kami tahu perkahwinan adalah benda paling akhir dia fikir akan buat.

Tak tahu kewujudan suspek hingga semalam

Tambah Manimaran lagi, keluarganya tidak pernah tahu-menahu tentang kewujudan suspek dan tiada siapa pun dalam kalangan keluarga berjumpa suspek sehingga kejadian semalam.

Jika betul Tharani dan lelaki berkenaan berhubungan, sudah tentu dia berkongsi cerita dengan adik beradik perempuannya. Malahan saya juga bertanya anak saudara lain yang rapat dengan Tharani, mereka juga tidak tahu mengenai hubungan seperti didakwa suspek.

Setahu kami, suspek adalah rakan sekerja di tempat kerja barunya.

Suspek yang bekerja di tempat sama dengan mangsa sejak November pada mulanya membawa mangsa ke sebuah pasar raya untuk makan tengah hari dan membeli barangan dapur termasuk sebilah pisau sayu.

Kemudian, ketika mereka kembali ke kereta suspek, mangsa memberitahu dia akan mengahwini lelaki lain. Berita itu membuatkan suspek mengambil pisau yang baru dibeli dan menikam mangsa.

Sumber: New Straits Times

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×