Menerusi laman Twitter Intan Najihah, anak kepada Allahyarham Datuk Nassier Wahab meluahkan rasa sayu dan rindu terhadap ayahnya itu. Malah, dia turut berharap agar diberi peluang untuk dirinya memeluk dan meluahkan isi hati yang buat kali terakhir bersama arwah.
I need you here
Anak tunggal kepada Allahyarham Nassier Wahab meluahkan rasa rindu kehilangan ayahnya. Kehilangan insan yang bergelar seorang ayah sangat memberi kesan terhadap Intan Najihah.
I miss you, ayah
Intan Najihah turut berharap agar mempunyai peluang terakhir untuk berkomunikasi bersama arwah, pelukan terakhir dan kata-kata motivasi dari seorang ayah kepada anaknya.
Ayah, tenang di sana
Anak kepada Allahyarham mendoakan agar roh ayahnya itu dicucuri RahmatNya dan berharap juga untuk bertemu dengan arwah ayahnya di sana nanti.
Sumber: Intan Najihah