berita

Fyna Jebat Masih Bersahabat Baik Dengan Bekas Suami, Rambut Pendek Bukan Tanda Sedang Bersedih

November 6th, 2023 | by Alia
Kini Trending

fyna jebat

Penyanyi, Fyna Jebat menarik perhatian ramai apabila kelibatnya dilihat semasa menghadiri ke konsert minggu keempat Famili Duo 3 malam tadi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Hal Peribadi Adalah Privasi, Saya Hormati Semua Pihak’ – Zainal Abidin

Artikel Berkaitan: Zainal Abidin Mengaku Dah Cerai Dengan Fyna Jebat, Keluar Makan Nak Selesaikan Beberapa Hal

Tumpu pada kerjaya

fyna jebat

Ketika ditemui OhBulan! Fyna atau nama sebenarnya Nur Shafinaz Jebat memberitahu bahawa kehidupannya kini bahagia selain lebih banyak menumpukan perhatian kepada kerjaya sebagai anak seni.

Alhamdulillah semuanya baik sahaja, tak ada apa yang saya nak kongsikan sebab saya nak fokus kepada karier saya, bernyanyi. Tak kisah lah kalau ada yang nak panggil berlakon ke boleh juga.

Saya dapat sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan untuk teruskan karier saya.

Dalam pada itu, Fyna mengakui masih mempunyai hubungan yang baik dengan bekas suami iaitu Datuk Zainal Abidin walaupun telah memilih jalan perpisahan.

Bagaimanapun, Fyna tidak mahu lagi mengingat kisah lama dan ingin meneruskan kehidupan seperti biasa.

Hal itu saya tak nak besar-besarkan lagi, apa yang berlaku biarlah berlalu.

Saya dan bekas suami masih bersahabat dan hubungan kami baik.

Alhamdulillah saya gembira. Saya mahu meneruskan kehidupan macam biasa.

Fyna berkata demikian seusai selesai program Famili Duo 3 yang berlangsung di Glenmarie, Shah Alam.

Sementara itu, imej berambut pendek yang ditampilkan juga mendapat perhatian dan dikaitkan dengan kesedihan berikutan kisah perceraian yang melanda namun Fyna menafikannya.

Sebenarnya dari dulu lagi saya rambut pendek. Jadi itu memang imej saya, saya kembali balik kepada imej lama.

Terdahulu, Fyna mengesahkan bahawa sudah mendirikan rumah tangga secara rahsia bersama Zainal sekitar Januari yang lalu.

Namun, perkahwinan yang dibina itu tidak bertahan lama selepas mereka dilaporkan sudah berpisah pada Mei. Difahamkan punca penceraian pasangan itu adalah disebabkan tiada persefahaman antara Fyna dan isteri pertama Zainal iaitu Datin Zalina Zaini.

SKIP THIS AD ×