Sekadar gambar hiasan
Benarlah orang kata, sesi suai kenal termasuk mengenali perangai luar dalam pasangan amatlah penting bagi setiap individu sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Sempat Nak Jamah Isteri Kedua Pada Malam Pertama, Dah Dia Muntah Paku..’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Aku Kahwin Dengan Lelaki Gila Seks Ke, Tengah Period Pun Nak’ – Isteri Trauma ‘Layan’ Suami
Meskipun begitu, perangai atau sifat buruk seseorang itu tidak dapat dikenali sepenuhnya sehinggalah pasangan itu tinggal sebumbung.
Rupanya langgan akaun ‘dark side’ isteri?
Sekadar gambar hiasan
Baru-baru ini, seorang individu yang dikenali sebagai Mein Mokhtar di aplikasi X berkongsi semula luahan seorang pengikutnya di Instagram.
Menerusi luahan tersebut, seorang lelaki mendakwa terjebak dengan konten ‘dark side’ (lucah) iaitu keinginan dan fantasi seksual meskipun dirinya sudah berkahwin. Dakwanya lagi, keinginan tersebut terjadi disebabkan si isteri yang kurang melayan permintaan nafkah batinnya.
Bercerita dengan lebih lanjut, lelaki ini memberitahu bahawa dia tertarik dan kerap melihat konten satu akaun ‘dark side’ namun tidak tahu siapakah gerangan di sebalik video tersebut kerana wanita itu tidak menunjukkan wajah. Sehinggalah baru-baru ini, dia baru mengetahui bahawa pemilik akaun tersebut merupakan isterinya sendiri.
Ada satu akaun ni, saya suka tengok konten akaun dia. Memang akaun tak pernah tunjuk muka, jadi memang tak ada idea siapa orang tu.
Saya baru tahu baru-baru ni, rupanya pemilik akaun dark side tu adalah isteri saya. Ya, memang dia.
Lelaki ini akui terkejut dan tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Kisah yang dikongsikan itu telah mendapat pelbagai respon daripada wargamaya yang rata-ratanya menyifatkan bahawa jodoh itu adalah cerminan diri kita.
Malah, tidak kurang juga ada yang mempersoalkan bagaimana seorang suami tidak dapat mengecam tubuh badan isteri termasuklah pakaian yang dipakai wanita itu ketika merakam video tidak senonoh terbabit.
Sumber: Mein Mokhtar