berita

Niat Janda Anak 3 Nak Kahwin Dengan Suami Orang Terbantut Sebab Kantoi – ‘Kalau Takut Bini Jangan Buat Hal’

September 24th, 2023 | by Alia
Kini Trending

skandal suami orang

Gambar sekadar hiasan

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila teman lelakinya yang berstatus suami orang bertindak memutuskan hubungan mereka setelah diketahui isterinya.

Artikel Berkaitan: Ayat Manis Abang Polis Buat Wanita Ini Cair Sampai Nekad Minta Cerai, Kantoi Menipu Selepas Lakukan Hubungan Seksual

Artikel Berkaitan: Tak Nak Kantoi Ada Skandal, Wanita Lempar Anak Dari Balkoni Sampai Mati

Mahu tambah cahaya mata

skandal suami orang

Menerusi panggilan telefon daripada pendengar sebuah stesen radio, wanita itu mendedahkan bahawa hubungan cinta antara mereka terjalin adalah kerana teman lelakinya mahu menambah zuriat.

Saya tahu saya berkawan dengan suami orang sebab dia yang datang cari saya dan dia meyakinkan saya bahawa dia boleh berkahwin dengan saya dengan alasan mahukan anak.

Sebab isteri pertama dia hanya dapat lahirkan seorang anak sahaja dan usia perkahwinan mereka telah mencecah 7 ke 8 tahun. Dia mahukan anak lagi tetapi tak dapat.

Saya berkata padanya ‘kalau kita berkahwin dan saya tak boleh bagi awak anak macam mana?’. Dia balas ‘ tak mengapa anak-anak awak dah macam anak-anak saya’.

Bagaimanapun, lelaki tersebut mengambil keputusan mengakhiri percintaan mereka setelah hubungan terlarang itu terbongar walaupun wanita berkenaan sudah bersedia untuk berpoligami.

Apa yang membuatkan saya geram selepas dua tahun kami bercinta, isterinya hamil. Dia masih meyakinkan saya bahawa dia akan berkahwin dengan saya jadi kami teruskan lagi hubungan sampai empat tahun.

Saya sanggup bermadu kerana syarat saya kalau dia nak berkahwin dengan saya dia tak boleh tinggalkan isterinya.

Isterinya baru tahu 12 hari lepas dan terus dia cakap dia tawar hati dengan saya. Walhal dua hari sebelum itu kami keluar makan dan tak bergaduh pun.

Sementara itu, ibu kepada tiga orang anak tersebut juga sempat menitipkan nasihat kepada golongan lelaki agar tidak menyakitkan hati wanita dengan menduakan isteri mereka.

Saya nak bagi nasihat kepada pendengar-pendengar dekat luar sana, tolonglah jangan ambil kesempatan dekat perempuan terutama janda. Jangan ingat janda tak ada maruah, kalau takut bini jangan buat hal.

Sumber: TikTok suriamalaysia

SKIP THIS AD ×