berita

‘Ketegaq’ Sangat Nak Lepak Tepi Kolam, Sekali Semua Kena ‘Angkut’ Dengan Polis

February 2nd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Disebabkan ingkar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tiga individu ditahan pihak polis ketika mereka sedang melepak di kolam renang di sebuah kondominium.

Memetik laporan Sinar Harian, difahamkan ketiga-tiga individu itu bersantai bersama di kolam renang walaupun sudah ditegur pengawal keselamatan kediaman tersebut. Pengawal keselamatan itu bagaimanapun menghubungi polis setelah dicabar mereka.

Cabar polis

Sebelum ini, viral video di aplikasi Whatsapp yang memaparkan kedegilan tiga individu bersantai di sebuah kolam renang di Kompleks BM City, Bukit Mertajam. Video tersebut menyaksikan mereka ditegur pengawal keselamatan berhubung larangan berkumpul di kawasan kolam renang sebagai mengikuti saranan PKP.

Namun, teguran tersebut tidak diendahkan dan mereka mencabar pegawal keselamatan itu untuk melaporkan kepada pihak polis dan turut memaklumkan alamat penginapan sekali.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah iaitu Asisten Komisioner Shafee Abd Samad memaklumkan kejadian itu berlaku sekitar 6.30 petang dan pihaknya telah menerima laporan yang dibuat oleh pengawal keselamatan berhubung perkara tersebut.

Daripada maklumat yang diterima, polis menahan lelaki terbabit berusia 41 tahun bersama dua rakannya berusia 20 dan 22 tahun untuk siasatan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 16 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

Semakan mendapati lelaki berusia 41 tahun itu mempunyai rekod jenayah berkaitan kes komersial, manakala dua lelaki lain tidak mempunyai rekod jenayah

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×