berita

Ketua Juri ‘Buka Rahsia’ Kenapa Gila Menang AJL35

March 15th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Lagu ‘Gila’ nyanyian Kaka Azraff, Loca B dan Noki berjaya merangkul gelaran juara di Anugerah Juara Lagu ke 35 semalam. Walaupun kemenangan ini terpesong dari ramalan ramai orang, namun lagu Gila ini mempunyai kekuatan mereka sendiri.

Artikel Berkaitan :‘Gila’ Juara Anugerah Lagu 35

Menurut ketua jurinya, Datuk Mokhzani Ismail, pembaharuan karya sebegitulah yang mereka cari apa lagi secara keseluruhannya lagu berkenaan memang cukup kuat.

Lagu yang fresh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Tidak dinafikan, intipati mesej kuat dan melodi lagu ‘Gila’ boleh dikatakan sangat segar untuk diperdengarkan. Malah, lagu ini turut mempunyai peminatnya tersendiri serta boleh menjadi ikutan apabila didengari.

Setiap tahun, kami mencari pembaharuan dalam lagu bertanding tapi ‘baharu’ yang berkualiti. Gila mengangkat genre rap dan etnik dengan ciptaan teknikal serta elemen komersial yang diterima ramai.

Lirik dan intipatinya merangkumkan keadaan terkini mengenai pandemik yang kita hadapi. Percaturan meletakkan tiga penyanyinya juga berjaya mencipta keserasian padu sekali gus melonjakkan lagu itu.

Walaupun keputusan ini menjadi pertikaian sesetengah netizen, namun keputusan panel juri adalah muktamad kerana lagu ini layak dinobatkan sebagai juara lagu.

Kita perlu ada keberanian untuk cari perubahan dalam hal ini. Tak kisahlah keputusan kami dilabel ‘gila’, namun ia adalah pilihan terbaik.

Lirik dari kisah sebenar

https://www.youtube.com/watch?v=dq01O19–Og&feature=emb_title

Dalam pada itu, komposer lagu tersebut iaitu Ezra turut akui lagu ini diinspirasikan daripada kisah benar. Dia juga menyifatkan pemilihan tiga penyanyi berkenaan sememangnya tepat untuk karya itu.

Idea menulis lagu itu saya dapat sewaktu mendapat mesej daripada seorang individu di Instagram. Individu itu berdepan dugaan untuk merantau di mana, dia takut dengan situasi ‘gila’ di bandar. Ditambah pula dengan lirik rap tulisan Noki dan Loca B yang hebat serta bergabung dengan Kaka, itulah magis sebenar lagu ini.

Semalam, lagu Gila muncul juara menewaskan 11 lagu lain pada AJL35 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Naib juara disandang lagu Semalam ciptaan sepenuhnya Aina Abdul, tempat ketiga milik Belenggu Rindu (Ezra Kong dan Hael Husaini, Vokal Terbaik milik Ernie Zakri (Gundah), manakala Persembahan Terbaik milik Zizi Kirana (Eh!).

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×