berita

Ketua Kumpulan 100% Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

March 26th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Pengaruh muzik Kpop mempunyai peminat yang ramai di Malaysia. Maka, tidak hairanlah jika peminat bersedih dengan pemergian artis kesayangan mereka. Menurut Astro Awani, salah seorang ahli kumpulan 100% telah meninggal dunia, semalam.

Seo Min-Woo merupakan ketua ahli kumpulan 100% dilaporkan mengalami serangan jantung di kediamannya di Gangnam, Seoul. Kumpulan ini terkenal dengan lagu Summer Hero, Song for You dan Bad Girl. Dia disegani rakan sekumpulan dan telah menggalas tanggungjawab dengan penuh dedikasi selama berperanan sebagai ketua kumpulan 100%.

Serangan jantung

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi pihak Media T.O.P, mendiang menghembuskan nafas terakhir pada malam ahad sebelum pasukan penyelamat tiba di rumahnya. Malah, pihak agensi bersedih atas pemergian ketua kumpulan 100% ini. Majlis pengebumian akan diadakan hanya buat ahli keluarga terdekat.

Kami berasa dukacita dengan berita sedih ini. Sebagai ketua kumpulan 100%, Min-woo telah menggalas tanggungjawabnya dengan baik.

Peminat juga bersedih

Kumpulan ini bukan sahaja diminati peminat dari Malaysia. Malah, mereka juga digilai peminat dari Filipina, Indonesia, Thailand dan Korea.

Video single terbaharu mereka ‘Song For You‘ dimuat naik di YouTube Februari lepas.

Credit: Astro Awani

SKIP THIS AD ×