Gambar sekadar hiasan
Seorang lelaki di Indonesia telah ditahan selepas kantoi melakukan penderaan seksual terhadap 40 remaja.
Artikel Berkaitan: Anak Hampir Meninggal Dunia & Teringin Miliki Zuriat, Keluarga Tuntut ‘Sperma’ Sebab Nak Waris
Menelan sperma
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Detik Sumbagsel, perbuatan terkutuk lelaki berusia 38 tahun itu terbongkar apabila keluarga salah seorang mangsa membuat laporan polis selepas menyedari perubahan sikap terhadap anaknya.
Menurut Ketua Unit Siasatan iaitu Firman Fadhila berkata mangsa mengalami trauma selepas dicabul dan dipaksa untuk melakukan seks oral oleh suspek.
Selepas membuat laporan polis, Firman menemui bukti yang suspek bukan sahaja melakukan perkara terkutuk itu kepada seorang sahaja, malah melibatkan 40 kanak-kanak belasan tahun iaitu terdiri daripada 39 lelaki dan seorang perempuan.
Dikatakan, suspek melakukan perbuatan tersebut di rumahnya dan di kawasan semak samun. Mangsa dipercayai bukan sahaja dicabul oleh pelaku malah dipaksa untuk meminum sperma.
Air mani itu juga diminum sebagai alasan untuk menuntut ilmu hitam. Purata umur mangsa 11 hingga 13 tahun.
Difahamkan, sekiranya mangsa ingin melayakkan diri mereka untuk memasuki kumpulan motosikal, maka mereka perlu melakukan syarat-syarat yang ditetapkan iaitu minum air mani si pelaku.
Sumber: Detik Sumbagsel