berita

‘Keutamaan Kami Adalah Jebat’ – Tuntutan Nafkah, Hak Jagaan Anak & Penarikan Nusyuz Selesai

September 17th, 2020 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Berjaya mengekalkan hubungan baik walaupun sudah berpisah, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila raih pujian ramai. Mereka dilihat sangat profesioanal demi membesarkan anak tunggal mereka, Jebat Jayden Ahmad.

Artikel berkaitan: ‘Lebih Tenang, Lebih Baik’ – Netizen Puji Sharnaaz & Nabila Bercuti Bersama Demi Anak

Terbaru, pasangan ini dilaporkan sudah menemui jalan penyelesaian dan kata sepakat berkaitan hal tuntutan nafkah, hak penjagaan anak dan penarikan nusyuz.

Doakan yang terbaik

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah… Semuanya berjalan lancar dan segalanya dipermudahkan. Doakan yang terbaik buat @sharnaazahmad dan @noornabila ??

A post shared by Wilayahku.com.my (@wilayahku.com.my) on

Menerusi video berdurasi 8:28 saat yang dimuat naik Wilayahku.com, peguam memberitahu Nabila dan Sharnaaz Ahmad telah mencapai persetujuan secara global. Ini bermakna keseluruhan pertikaian antara mereka telah dapat diselesaikan melalui perjanjian yang ditandatangani pada hari ini.

Tambah peguam lagi, perjanjian yang ditandatangani tersebut bukan sahaja mengenai hak jagaan anak malah terma yang paling penting adalah mengenai keutamaan dan kebajikan anak mereka.

Sementara itu, Nabila turut meluahkan rasa lega akhirnya isu dapat diselesaikan dengan baik antara mereka berdua. Dia dan Sharnaaz berharap hubungan harmoni dapat dikekalkan demi membesarkan anak lelaki mereka.

Meluahkan rasa syukur, Sharnaaz berterima kasih kerana akhirnya dapat menemui kata sepakat dan semuanya sudah jelas melalui perbincangan yang dibuat.

Apa yang penting bagi mereka adalah keutamaan Jebat Jayden. Walaupun mereka tidak dapat meneruskan kehidupan sebagai suami isteri, Sharnaaz masih mahu berhubungan sebagai seorang kawan.

Sumber : wilayahku.com.my

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×