berita

Khabir Bhatia Tak Tahu Adegan Panas Tersebar Di YouTube

April 2nd, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

20130319mstar-4

Susulan daripada kontroversi video ‘panas’ yang melibatkan pelakon Diana Danielle dan Remy Ishak yang telah tersebar di lama YouTube baru-baru ini, pengarah filem “Sembunyi” iaitu Khabir Bhatia telah tampil untuk menjelaskan segala spekulasi yang timbul dikalangan peminat industri filem tempatan.

Menurut Khabir Bhatia, dia sendiri tidak tahu bagaimana adegan tersebut boleh dimut naik dilaman YouTube dan pihak produksi filem yang terlibat juga dikatakan tidak berbincang apa-apa dengannya mengenai trailer video berkenaan.

“Saya tidak tahu bagaimana adegan itu dimuat naik di dalam laman YouTube, tetapi ia mungkin boleh menjadi strategi pemasaran untuk filem ini.

“Tiada perbincangan antara saya dengan produksi Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) sebelum ini mengenai ‘traile’ adegan itu. Saya fikir ia keputusan produksi terbabit.”

Mengulas lebih lanjut mengenai video tersebut, pengarah berbakat ini turut menfikan dakwaan yang kononnya dia sengaja menyelitkan eleman seksual dalam filem arahannya dan menyatakan bahawa, dia merakamkan adegan ‘panas’ itu pada peringkat awal selepas melihat terdapat beberapa filem tempatan lain yang menyelitkan adegan sebegitu diluluskan untuk ditayangkan kepada umum.

“Apa yang saya ingin gambarkan dalam filem ini pada penonton bukan semata-mata merujuk elemen seksual. Sebaliknya menyampaikan cerita dalam konsep artistik,” – komen Khabir menerusi laporan akhbar Harian Metro

SKIP THIS AD ×