berita

Khadijah Ibrahim Lancar Cawangan Kedua Restoran

October 11th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Branch Baru Khadijah Kitchen-7

“Kalau tak cuba menu istimewa tauhu telur ketika berkunjung ke restoran ini, memang tak sah.”

Itulah yang  dikatakan oleh salah seorang pengunjung setia restoran Khadijah’s Kitchen ketika majlis pelancaran cawangan kedua restoran ini, semalam.

Dimiliki oleh penyanyi popular Datuk Khadijah Ibrahim, restoran yang mula dibuka sekitar tahun 2008 ini akhirnya telah membuka cawangan kedua selepas lebih 5 tahun beroperasi.

Bukan setakat menunya yang istimewa dan sedap, namun yang paling menarik ialah kesemua masakan telah disediakan sendiri oleh penyanyi berusia 54 tahun ini. Bahagian dalam restoran yang selesa dengan dekorasi yang cantik juga memberikan keselesaan kepada para pengunjung.

“Selain menawarkan menu seperti yang ada di restoran Petaling Jaya, saya turut membuat hidangan ala-carte dan menu set untuk pelanggan yang mengejar masa.”

Branch Baru Khadijah Kitchen-5

Antara tetamu yang hadir pada malam pelancaran restoran kedua Khadijah’s Kitchen

Lebih dari 20 jenis resipi disediakan di restoran ini dan Khadijah’s Kitchen juga menyediakan perkhidmatan katering sekali pakej dengan penghantaran.

Apa yang lebih menarik pada restoran barunya ini, Khadijah telah menyediakan ruang pentas bagi mana-mana artis untuk membuat persembahan dan dijangkakan meriah pada setiap hari Jumaat dan Sabtu.

“Selain membuat persembahan dan bertemu peminat mereka, ini merupakan salah satu cara saya bagi membantu mereka menambahkan pendapatan.”

Pada yang berminat, anda boleh mengunjungi Khadijah’s Kitchen yang baru dilancarkan ini di PV 128, Danau Kota, Setapak.

SKIP THIS AD ×