berita

Khairul Fahmi Che Mat Jadi Sekuriti Nepal

July 3rd, 2012 | by Ai
Video Popular

Mungkin sudah boring menjadi penjaga gol dan menangkap bola, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih mudah OHBULAN! panggil Apek kini telah ‘bertukar’ karier menjadi sekuriti Nepal pula. Mungkin menangkap orang lebih seronok dari menangkap bola, kot?

Jangan terkejut, itu cuma gimik saja. Apa yang pasti, Apek telah mula menyusuri sedikit demi sedikit dunia lakonan apabila dia memegang watak sebagai sekuriti warganegara Nepal dalam sebuah filem pendek 4 siri berjudul “Semua Boleh Bolt”. Sebagai pemegang watak utama dalam filem pendek tersebut, Apek telah digandingkan bersama beberapa orang lagi selebriti iaitu Fabes (Fly FM), Zain Saidin dan juga seorang lagi pemain Harimau Malaya, Mahali Jasuli.

Dalam temubual bersama Harian Metro, Apek menegaskan, “Saya tidak kisah untuk berlakon asalkan tidak mengganggu waktu dan tumpuan saya dalam bidang bola sepak.”

Baguslah kalau begitu, jika industri hiburan saja yang dipandang, bila lagi industri sukan hendak maju, kan?

Apa pun, mari kita tonton siri pertama “Semua Boleh Bolt” lakonan Apek selepas ini ya.

SKIP THIS AD ×