berita

Khairul Fahmi & Leuniey Sah Nikah 28 Disember Ini!

November 21st, 2012 | by Ai
Kini Trending

Akhirnya penantian oleh para peminat dan juga media sudah pun berakhir. Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat & juga tunangnya, Leuniey telah mengesahkan bahawa mereka akan bernikah pada 28 Disember ini.

Disahkan sendiri oleh Khairul Fahmi, pasangan ini yang keduanya berasal dari Kelantan bakal melangsungkan pernikahan di kediaman Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan, jam 9 pagi.

Pada 30 Disember pula, majlis persandingan akan diadakan untuk sebelah perempuan bertempat di Hotel Renaissance, Kota Bharu Kelantan. Majlis ini akan berkonsepkan Melayu Kontemporari dan akan bermula pada jam 8 malam. Sebelah lelaki pula, majlis persandingan akan diadakan dirumah Apex iaitu di Kampung Chenang, pada jam 1 tengahari bertemakan ala-kampung.

Tahniah!

SKIP THIS AD ×