berita

Khairulaming Jawab Dakwaan Sambal Nyet Cuma ‘Repacking’ Sambal Orang Lain, Rupanya Dah 4 Tahun Jual Sambal

February 8th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, Khairulaming terpaksa menghentikan jualan ‘Sambal Nyet’ buat sementara waktu bagi menyusun kembali strategi pemasaran, memandangkan terdapat beberapa masalah dihadapi.

Artikel berkaitan: Ini Sebab Khairulaming Hentikan Jualan ‘Sambal Nyet’ Secara Mengejut, Ramai ‘Frust’!

Terbaru, selebriti media sosial itu berkongsi kisah di mana dia merupakan penjual sambal sejak tahun 2017 lagi. Namun, perniagaan yang diusahakan itu terpaksa dihentikan kerana mempunyai beberapa masalah. Bangkit dari kekecewaan yang lalu, Khairulaming turut memberitahu bagaimana dia rebuild semula branding yang pernah ada dan menepis segala dakwaan di mana dia rebrand jenama sambal lain. Jom baca!

Pemilik sambal sejak 2017

In 2017, i spent two months untuk develop sambal king. setiap hari balik dari office aku pegi beli cili kat supermarket, balik rumah and try masak. lepas dah develop resepi, saya try jual 200 botol my fb page. Alhamdulillah video tu viral and smua sold out. Tapi disaster. The first batch we sold dalam botol plastic. Semua pecah sebab saya tak tahu method untuk preserve sambal. We had to refund all 200 bottles and saya murung kaw-kaw time tu sebab dah kecewakan pelanggan. Lepas dah buat mistake tu, saya belajar cara simpan sambal dalam botol kaca. Alhamdulillah finally tahan lama and disebabkan video penyet ni still viral, demand masuk beribu nak beli.

Disebabkan permintaan tinggi, saya terus all out buka production center. I hired a team, keluarkan savings, beli equipment dan lain-lain. A few weeks after that Facebook tukar algorithm and my views dropped banyak. So bad sampai tak ada orang beli sambal. Saya clueless time tu sebab dah habis duit savings.

Menurut Khairulaming, sekitar tahun 2017, dia pernah menghabiskan masa selama dua bulan untuk membangunkan perniagaan ‘Sambal King’. Malah, duit simpanannya turut habis kerana begitu komited dalam perniagaan tersebut. Ujarnya lagi, permintaan sambal pada ketika itu sangat memberangsangkan meskipun terdapat masalah pada mulanya. Namun, semuanya berubah apabila Facebook menukar algorithm dan sambutan dalam kalangan pembeli semakin berkurang.

Susulan daripada itu, Khairulaming memberitahu kakaknya bahawa mereka perlu menjual semula peti sejuk beku yang dimiliki dan terpaksa memberhentikan kesemua staff kerana tidak mampu bayar. Tambahnya, kakaknya masih nekad untuk meneruskan perniagaan sambal tetapi dibuat secara kecil-kecilan sahaja.

Mula azam baru

In 2018 saya mula azam baru untuk build personal branding. Saya tebalkan muka utk buat video masak kat IG and tunjuk my face. Saya buat lawak cringe dekat video sampai saya rasa malu gila. Bila my video went viral on IG, ramai suruh saya start jual barang sementara famous. I said no. i’m not ready yet. Sambal ni still lagi ada masalah. Bau hangit still tak hilang. 4 years later, in January 2021, baru saya ready untuk release. So sepanjang 4 tahun ni we sold sambal king secara kecil-kecilan. Sebulan terjual tak sampai 100 botol. Tapi dari sini i developed r&d untuk improvekan sambal ni. Dulu awal-awal sambal ni selalu hangus, botol pecah sebab packaging salah. It took me 4 years untuk r&d sepenuhnya.

Sementara itu, Khairulaming turut berkongsi bahawa produk ‘Sambal Nyet’ sekarang ini merupakan hasil usaha kerasnya selama empat tahun yang lalu. Bagi membuat pelancaran produk tersebut, dia perlu rebrand nama sambal itu semula seperti nama yang sekarang ini. Ujarnya lagi, dia masih mengekalkan design dan maklumat pembungkusan yang sama seperti ‘Sambal King’. Selebriti media sosial ini juga meluahkan rasa terharu apabila 10 ribu botol ‘Sambal Nyet’ telah berjaya dijual sebaik sahaja dia melancarkan produk itu semula. Dia juga berjaya mengambil semula pekerja bagi meneruskan perniagaan yang diusahakan semula ini.

Menjawab soalan daripada netizen mengapa tidak kembangkan perniagaan ‘Sambal Nyet’ ini lagi, Khairulaming menjelaskan bahawa dia belajar daripada pengalaman yang lalu. Dia lebih suka mengambil langkah kecil dahulu sebelum melebarkan perniagaan tersebut. Di akhir perkongsian, dia berharap masyarakat faham mengenai ‘Sambal Nyet’ dan sambal tersebut tidak dihantar ke mana-mana syarikat.

Sumber: Khairulaming

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×