berita

Khairy Jamaluddin Dedah Kisah Perit Dialami Peng Soon & Liu Ying Sebelum Mereka Harumkan Nama Negara Semalam

August 18th, 2016 | by Ash Nordin
Kini Trending

1

Lewat malam semalam rakyat Malaysia sanggut tidur lambat semata-mata untuk menyaksikan pertembungan epik antara Peng Soon dan Yiu Ling menentang pasukan beregu badminton dari Indonesia. Mereka telah melakukan sedaya upaya untuk memenangi perlawanan tersebut tapi nasib tak menyebelahi mereka.

Walaubagaimana pun, mereka telah membuatkan rakyat Malaysia bangga dengan pencapaian mereka. Bukan senang beb nak masuk final. Tapi tahukah anda kisah disebalik kejayaan mereka di Rio? Jom baca.. Penuh dengan inspirasi. Tahniah Peng Soon dan Liu Ying!

Kisah beregu campuran Malaysia yang mungkin anda tak pernah tahu

Screen Shot 2016-08-18 at 12.31.34 PM

Screen Shot 2016-08-18 at 12.29.53 PM

Mereka telah membuatkan rakyat Malaysia bangga dalam peringkat akhir acara beregu campuran dalam badminton semalam tetapi ada kisah disebalik kejayaan Peng Soon dan Liu Ying. Pada 2014, Liu Ying telah membuat pembedahan pada kedua-dua belah lututnya oleh kerana kecedaraan ligament. Liu Ying terpaksa tempuhi dan menjalani pemuligan selama 11 bulan.

Fokus dan terus bangkit!

Screen Shot 2016-08-18 at 12.31.18 PM

Screen Shot 2016-08-18 at 12.30.01 PM

Selepas Liu Ying sembuh, dia menyertai semula rakan beregunya Peng Soon. Kelayakan Olimpik bermula pada May 2015 dan pada ketika itu mereka pada ranking 79 dunia. Mereka berlatih dengan tekun serta bekerja keras untuk berada di mana mereka sekarang. Liu Ying fokus untuk kembali menguatkan kecedaraan kaki yang dialaminya manakala Peng Soon terus menumpukan perhatian dalam permainan badminton.

Akhirnya dengan berkat usaha, mereka telah layak untuk ke Rio.

Ini bukan ‘sekadar’ pingat Perak, tapi ini kejayaan buat negara Malaysia

Screen Shot 2016-08-18 at 12.31.08 PM

Screen Shot 2016-08-18 at 12.30.08 PM

Mereka bukanlah pasukan pilihan untuk melepasi peringkat suku akhir, tetapi mereka buktikan sangkaan orang ramai meleset. Mereka telah mengalahkan pasukan beregu campuran dari China (Ranking no. 6 dunia) pada peringkat separuh akhir. Rakyat Malaysia, kita patut bangga dengan kejayaan mereka ni. Nak lepas peringkat kelayakan pun bukan main susah, inikan lagi masuk peringkat akhir.

Anda telah mengukir senyuman di wajah kami Peng Soon dan Yiu Ling. Tahniah sekali lagi!

Sumber: Twitter Khairy Jamaluddin

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×