Kecantikan merupakan salah satu aspek penting bagi wanita. Setiap wanita semestinya tidak akan lari untuk membincangkan isu kecantikan dan cara penjagaan kulit wajah yang sempurna. Di sini pihak OHBULAN! ingin kongsikan khasiat sabun beras, yang difahamkan mampu memberi kesan yang efektif pada kulit wajah dan secara tidak langsung mampu mengatasi masalah kulit yang dialami oleh sesetengah wanita.
Selain itu, sabun beras turut difahamkan mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti minyak kelapa, minyak sawit, sodioum hydroxide solution, susu beras muda, biji gandum, glycerine, vitamin C,vitamin E dan juga AHA. Ini membuktikan bahawa sabun beras ini selamat digunakan dan tiada kandungan bahan kimia yang boleh mendatangkan kesan sampingan pada kulit wajah.
Disini terdapat beberapa khasiat sabun beras yang perlu anda tahu:
Menegang, Melembut Dan Mencerahkan Kulit
Sabun beras dikatakan mampu menegang, melembut dan mencerahkan kulit wajah. Ini membuktikan bahawa, sabun beras ini amat sesuai untuk wanita yang sudah berusia bagi mengekalkan ketegangan kulit dan kelembutan wajah.
Menanggalkan Kotoran, Minyak, Dan Sel Kulit Mati.
Sabun beras difahamkan mampu merawat sel kulit mati dan secara tidak langsung mampu menanggalkan kotoran dan minyak pada kulit. Bagi wanita yang mengalami masalah kulit berminyak, anda boleh menggunakan sabun beras ini bagi mengawal pengeluaran minyak berlebihan pada wajah.
Memudar, Menghilangkan Jerawat Dan Jeragat
Sabun beras turut dikatakan mampu memudar dan menghilangkan kesan jerawat serta jeragat pada kulit wajah. Ini menunjukkan bahawa, wanita yang mengalami masalah kulit berjerawat boleh mencuba sabun ini bagi menghalang pembentukan jerawat pada wajah.
Menanggalkan Kesan Solekan
Sabun beras sesuai digunakan sebagai bahan untuk menanggalkan kesan solekan pada wajah. Dengan ini, anda tidak perlu membazirkan wang untuk membeli make up remover setiap bulan. Dengan menggunakan sabun beras sahaja, anda sudah mampu menanggalkan kesan solekan dengan sempurna pada wajah.
Sumber : Niaga24jam.com