berita

‘Khidmat Penduduk Tempatan Mungkin Digunakan Dalam Aktiviti Penyeludupan’

November 27th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, pasukan Gerakan Am (PGA) telah menggerakkan unit berkuda, unit udara, unit kereta perisai dan anggota 69 Komando (VAT69) ke sempadan Malaysia-Thailand dalam usaha mencegah aktiviti penyeludupan, dan memburu penyeludup.

Artikel berkaitan: Kereta Perisai, Unit Udara & Anggota 69 Komando Bakal Ditambah Di Sempadan Malaysia-Thailand

Menerusi laporan Berita Harian, Pasukan Gerakan Am (PGA) memaklumkan bahawa mereka tidak menolak kemungkinan ada warga tempatan bersekongkol dengan sindiket tersebut.

Mahir dalam selok-belok lorong tikus

Menurut Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji, khidmat penduduk tempatan mungkin digunakan dalam aktiviti penyeludupan ini. Ini kerana, mereka mahir dalam selok-belok lorong tikus yang terdapat di sekitar sempadan.

Barang ditinggalkan itu akan dikutip kumpulan penyeludup dari negara jiran yang menyusup masuk secara haram sebelum ia dibawa menyeberangi sempadan.

Ujar beliau lagi, kebiasaannya penduduk tempatan akan membawa barangan untuk diseludup seperti ketum dan dadah, sebelum ditinggalkan di lokasi khusus berdekatan dengan tembok sempadan.

Mengenal pasti lorong tikus

Di samping itu, beliau juga memberitahu pihaknya sudah mengarahkan setiap ketua pos kawalan supaya mengenal pasti lorong tikus yang wujud di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand. Tambah beliau, jika lorong tikus tersebut berjaya dikenal pasti, pihaknya akan mempertingkatkan lagi kawalan dan rondaan di lorong tersebut.

Berdasarkan maklumat, kita dapati penyeludup biasanya mengambil kesempatan waktu antara tengah malam hingga awal pagi untuk melakukan kegiatan mereka.

Terdahulu, insiden serangan membabitkan penyeludup ketum ke atas tiga anggota PGA telah menyebabkan kematian Sarjan Baharuddin Ramli. Manakala rakan setugasnya, Sarjan Norihan Tari dan seorang lagi anggota cedera parah.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×