Usahawan Kieda Crepe menyelar warganet yang meninggalkan komen melampau terhadapnya berhubung isu ciplak logo Elephant Army.
Artikel Berkaitan: Kieda Crepe Mohon Maaf ‘Ciplak’ Logo Elephant Army – ‘Kami Tanggung Rugi, Kami Tak Makan Duit Haram’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kieda Crepe Hapus Sistem ‘Support Vendor’ Sehari, Netizen Dakwa Sebab Jualan Berkurang – ‘Barang Tak Jalan La Tu’
Jangan melampau
Menerusi perkongsian di TikTok, Kieda atau nama sebenarnya Nur Khalieda Yusra memuat naik tangkap layar komen seorang individu di laman Facebooknya.
Kau ingat tu logo bapak kau ke main sedap tekak nak pakai?
Tidak berdiam diri, Kieda kemudian membalas komen tersebut.
Jangan main nama bapak baru*.
Menurut Kieda, isu berkenaan telah pun selesai namun dia kecewa dengan sikap segelintir warganet yang masih menghukumnya dan meninggalkan komen biadab.
Hebatnya ujian aku. Yang salah kami, jangan main bapa aku, bab aku dengan semua pihak sana semua dah selesai.
Bab ‘natangzen’ memang takkan selesai. Ada yang komen dah “melayu” maafkan jelah yang pecah ruman aku. Ya, memang aku maafkan. Mana ada aku berdendam, aku maafkan semuanya.
Dalam masa yang sama, Kieda mengakui kekhilafannya berhubung isu tersebut namun berharap warganet menjaga adab dan penulisan mereka di media sosial.
Kes logo ni, aku salah dan aku minta maaf. Mama dan arwah abah aku tak pernah didik kami mencuri dan guna hak orang. Tapi aku manusia, silap aku guna tak kaji dulu dan aku mengaku salah.
Tolong lah, nak taksub jangan sampai lupa kita ni ada Allah. Taksub macam aku saja buat-buat dosa.
Abah aku 2 hari lagi cukup setahun tinggalkan aku. Luka itu masih ada walaupun tak berdarah. Jaga jari, kita semua ada keluarga.
Bagaimanapun, tinjauan OhBulan! mendapati Kieda telah memadam hantaran berkenaan.
Terdahulu, Kieda dan suami menggunakan logo hak cipta Elephant Army pada t-shirt mereka tanpa kebenaran.
Selepas ditegur warganet berhubung penyalahgunaan hak cipta orang lain, suami kepada Kieda iaitu Hilmi Zaki akhirnya membuat permohonan maaf dan akui tidak tahu bahawa logo tersebut telah didaftarkan.
Sumber: TikTok Kieda Crepe