berita

[VIDEO] Kieda Crepe Hapus Sistem ‘Support Vendor’ Sehari, Netizen Dakwa Sebab Jualan Berkurang – ‘Barang Tak Jalan La Tu’

January 19th, 2024 | by Alia
Kini Trending

kieda support vendor

Usahawan yang terkenal dengan sistem pembelian ‘support vendor’, Kieda Crepe mengambil keputusan untuk menghapuskan cara jual beli tersebut di kedainya semalam.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Tegur Sistem ‘Support Vendor’ Tak Sah, Kieda Crepe Balas Tak Pernah Paksa Pelanggan Beli

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kieda Crepe Dedah Ramai Peniaga Kecil Terutama Dalam Kampung Terkesan, ‘Tiada Orang Langsung Yang Beli’

Dikecam namun ramai masih sokong

kieda support vendor

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Kieda atau nama sebenarnya Nur Khalieda Yusra berkata dia mengambil keputusan tersebut selepas mengadakan mesyuarat untuk melaksanakan projek baru.

Ini betul-betul kerja gila! Tapi semalam kita mesyurat, untuk hari ini 18 Januari 2024, HQ Kieda Crepe tak buat ‘support vendor’, jadi jemput datang sebab saya tak buat selalu.

Saya susah sangat nak buat, tahun lepas sekali sahaja ketika bulan puasa. Beli lah nak beli apa pun.

Justeru itu, dilihat ramai pelanggan berpusu-pusu ke permis perniagaannya semalam untuk mendapatkan produk makanan keluarannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendakwa faktor Kieda bertindak sedemikian adalah kerana hasil jualannya sejak kebelakangan ini agak perlahan selain berharap sistem ‘support vendor’ tidak lagi diteruskan.

Barang tak jalan la tu.

Jangan buat hari ni saja, kalau boleh teruskan.

Walaupun menerima kecaman namun masih ada pengikut Kieda yang setia menyokong dan tetap membuat pembelian.

Bagaimanapun, tinjauan OhBulan! mendapati ruangan komen telah ditutup setelah video tersebut dihujani dengan kritikan warganet.

@kiedacrepepenang

SEBAB SEMALAM MEETING ADA NEW PROJECT KITA NAK JALANKAN , HARINI RASA MACAM NAK BUAT KERJA GILA ?? Kerja gila yang susah saya nak buat! HARINI NO SUPPORT VENDOR DI HQKIEDA CREPE PENANG ?? Harini sahaja dulu kita buat kerja gila ?? 18.1.2024 KHAMIS ?? NO SUPPORT VENDOR DI HQKIEDACREPE , PENANG ?? Nak beli produk kieda saja? Silakan?? TAPI BERCOMBO ?? Crepe Bantal 3 ketul , mini mille cheese & Mini mille biasa ?? Personal Shopper saya limitkan! ?? Tumpang kerja gila kieda tengah kieda jalankan ni. Cepat share ?? Harini kedai buka pukul 1petang-10Malam? Lalamove pun on macam biasa ? #kiedacrepe #hqkiedacrepe_penang

? DJ SIKO AIDO MUNGKENYA MUNGKENYA VIRAL TIK TOK FULL BASS – SAMMOCHY YETE

Sumber: TikTok Kieda Crepe Penang

SKIP THIS AD ×