berita

Kings & Queen Of Comedy Asia Kembali Hiburkan Malaysia

October 8th, 2013 | by Ai
Kini Trending

PC Kings & Queen of Comedy Asia 2013-3

Jika anda gemar menonton persembahan lawak jenaka secara langsung, maka berita mengenai Kings & Queen of Comedy Asia 2013 yang akan membuat persembahan pada bulan ini pastinya sangat menggembirakan anda.

Tambah menarik apabila persembahan tahun ini dijangka lebih kelakar kerana barisan pelawak baru yang ditampilkan mampu membawa kelainan.

Menurut CEO LOL Events, Rizal Kamal, barisan penghibur yang baru ini menawarkan lawak jenaka yang berbeza dan lebih segar.

Setiap tahun, kami cuba membawa pelbagai jenis personaliti dan kumpulan pelawak yang berbeza supaya dapat menghiburkan penonton dengan lawak yang lebih segar sepanjang persembahan.

Pada tahun keempat ini, Kings & Queen of Comedy Asia bakal menampilkan pelawak-pelawak dari seluruh dunia seperti Imran Yusuf, Sheng Wang, Kumar, Danny Bhoy dan dihoskan oleh Jon Atherton.

PC Kings & Queen of Comedy Asia 2013-4

Dari kiri, Sheng Wang, Danny Bhoy dan Imran Yusuf

Sejak mula dipersembahkan pada tahun 2009, Kings & Queen of Comedy Asia mula menjadi fenomena buat industri komedi stand-up di Malaysia. Malah, persembahan pada tahun itu juga berjaya menjual 2,900 jumlah tiket dalam masa singkat.

Kings & Queen of Comedy Asia 2013 bakal membuatkan penonton Malaysia gelak terbahak-bahak pada 10 dan 12 Oktober 2013 di Istana Budaya.

Bagi yang ingin membeli tiket, anda boleh mendapatkannya di www.airasiaredtix.com atau menghubungi 03-87754666.

Untuk makluman anda, tiket-tiket dijual bermula dari harga RM118 (Bronze), RM168 (Silver), RM238 (Gold) hingga RM288 (Platinum).

SKIP THIS AD ×