berita

Kisah Lelaki Paling Dibenci Di Korea, Perogol Kanak-Kanak Berhati Binatang Yang Bakal Dibebaskan Tahun Ini

July 2nd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Sekitar 2008 berlaku satu kes jenayah rogol paling kejam melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun yang sedang dalam perjalanan ke sekolahnya. Selepas ditahan dan dihadapkan di muka pengadilan, si pelaku iaitu Cho Doo Soon telah dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun dan bakal dibebaskan semula pada bulan Disember 2020 tahun ini.

Diminta layanan seksual daripada mangsa

Menurut perkongsian selidik kes daripada Korea Reomit, kejadian jenayah rogol melibatkan mangsa berusia 8 tahun itu berlaku pada 11 Disember 2008 tetapi stesen TV tempatan mendedahkan kes ini pada 20 September 2009. Kejadian itu dipercayai berlaku di daerah Ansan-si, Korea. Suspek bukan hanya merogol tetapi juga melakukan kekerasan diluar tabii menyebabkan ramai orang marah.

Si pelaku yang berusia 57 tahun (pada tahun kejadian) dalam keadaan mabuk telah menegur mangsa yang dalam perjalanan ke sekolah. Secara tiba-tiba, dia telah menekup mulut mangsa dan dibawa ke tandas berhampiran iaitu di dalam sebuah gareja.

Setiba di dalam tandas, Cho Doo Soon meminta mangsa untuk ‘melayannya’ dari segi seksual sebelum kanak-kanak itu menangis. Mangsa dipukul, bahagian pipinya digigit sehingga pengsan di tempat kejadian oleh si pelaku kejam.

Menyedut air mani keluar

Kesan daripada itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian dubur dan kemaluan. Mengikut pemeriksaan daripada pakar, organ dalaman mangsa terutamanya di bahagian kemaluan hilang fungsi sebanyak 80%.

Untuk menghapuskan kesan rogol terhadap kanak-kanak tadi, Cho Doo Soon telah mencuci kesan darah pada tubuh mangsa. Malah, kemaluan mangsa turut dijolok dengan sebatang paip getah dipercayai untuk menyedut keluar air mani dari tubuh mangsa.

Selepas sedarkan diri dari pengsan, mangsa segera keluar daripada tandas tadi untuk mendapatkan pertolongan. Ada beberapa individu yang berada berhampiran gareja tersebut melihat keadaan mangsa dipenuhi dengan darah sebelum menelefon polis. Mangsa segera dibawa ke pusat perubatan untuk pemeriksaan. Didapati mangsa dalam keadaan tidak terurus, kesan darah pada tubuh dan terdapat usus atau organ dalam yang sudah terkeluar.

Penafian daripada suspek

Semasa pasukan forensik ke tempat kejadian untuk mengumpulkan bahan bukti, didapati tandas tadi penuh darah dan masih terdapat beg sekolah serta kasut mangsa. Malah, diluar tandas terdapat sebatang paip. Setelah 6 jam menjalani penyelidikan, pasukan forensik menemui 3 cop jari si pelakon di pintu tandas. Pihak polis berjaya menangkap Cho Doo Soon dalam tempoh 3 hari.

Suspek mempunyai rekod jenayah sebanyak 17 kali sebelum ini. Mungkin kerana banyak pengalaman melakukan kes jenayah, dia seperti sudah tahu untuk menghapuskan jejaknya dari dikesan polis.

Dia bertindak menukar warna rambut ke warna putih untuk mengelirukan mangsa. Selain itu, dia juga tidak mengakui kesalahannya melakukan jenayah itu dengan menambah fakta kejadian. Terdapat kesan darah pada kasut suspek. Malah, dia juga menafikan kesan darah tadi. Dia juga berpura-pura seperti seorang yang baik apabila berdepan dengan hakim dan di mata umum.

Yang menjadi kontroversi ialah, perogol tersebut hanya dihukum penjara 12 tahun. Dengan alasan perogol tersebut mabuk,wajarkah hukuman diringankan?

Akan dibebaskan

Kesan daripada itu, mangsa terpaksa memakai alat khas untuk setiap kali membuang air besar. Mangsa bagaimanapun masih lagi trauma ekoran insiden hitam yang pernah dialaminya. Lebih membimbangkan lagi apabila dikhabarkan suspek akan dibebaskan pada Disember 2020 tahun ini.

Berdasarkan peristiwa hitam yang dialami mangsa, produksi filem Korea telah menerbitkan sebuah filem yang diberi nama ‘Hope’. Filem ini diadaptasikan daripada kisah hitam kanak-kanak berusia 8 tahun itu.

Sumber: Korea Reomit

SKIP THIS AD ×