berita

Kisah Misteri Kematian 3 Beradik Di Sekolah Sama Yang Disangka Kerana ‘Sumpahan’

May 17th, 2016 | by Arini Saleh
Kini Trending

kematian disebabkan jin

Kerjaya sebagai seorang pakar forensik diakui sangat berat dan mencabar kerana mereka perlu berhadapan dengan bermacam-macam kes kematian setiap hari. Sudah tentunya mereka yang bekerja dalam bidang ini berdepan dengan pelbagai kisah yang pelik yang mungkin kita takkan pernah tahu.

Seperti yang dikongsi oleh doktor ini mengenai kematian 3 orang beradik di sekolah sungguh misteri. Lagi menyedihkan apabila sudah dipost mortem, tiada sebab kematian dikesan. Malah ada mulut-mulut yang mendakwa kematian itu disebabkan jin. Scary nya!

Kes unik yang diceritakan oleh seorang pakar foreksik, kematian akibat jin.

DARI BILIK MAYAT: KEMATIAN AKIBAT JIN

Kisah ini disampaikan oleh sahabat saya seorang doktor forensik ketika kami berjumpa semasa kursus di Ipoh. Saya bertanya beliau apakah kes2 pelik dan ngeri yang beliau pernah terjumpa selama beliau bekerja. Macam2 juga yang beliau ceritakan…menarik2 belaka.

Namun ada satu kes yang saya kira agak unik dan saya ingin kongsikan pada semua sahabat2. Kes ini diceritakan oleh bekas boss sahabat saya ini kepada beliau. Pakar forensik tersebut telah handle kes ini secara peribadi.

Sepasang suami isteri kehilangan 3 orang anak mereka tanpa sebab khusus.

Ia adalah berkenaan satu kes yang mana sepasang suami isteri telah kehilangan 3 orang anak mereka. Anak2 mereka meninggal satu demi satu tanpa sebab yang khusus. Buat post mortem sedetail habis pun tak dijumpai sebarang sebab kematian. Jasad2 mereka tidak ada ‘defect’ langsung.

Lebih membingungkan, ketiga2 anak ini meninggal dunia di sekolah yang sama dan pada masa yang berlainan. Anak pertama meninggal dunia mengejut di sekolah. POST MORTEM-TIADA SEBAB KEMATIAN DIKESAN.

Anak kedua juga meninggal dunia beberapa bulan selepas itu di sekolah. POST MORTEM- TIADA SEBAB KEMATIAN DIKESAN juga.

Jiran dakwa ada jin/hantu di sekolah yang ragut nyawa anak mereka.

Ini menyebabkan keluarga ini begitu bersedih dan gusar. Cerita2 jiran dan masyarakat telah tersebar bahawa ada jin/hantu di sekolah berkenaan yang telah meragut nyawa anak2 malang tersebut. Lebih ditambah perisa datangnya ‘bomoh’ yang mengatakan bahawa keturunan mereka mungkin telah disumpah dek dosa nenek moyang hingga tidak boleh menjejakkan kaki ke tapak sekolah tersebut.

Anak ketiga dipindahkan ke sekolah lain tapi turut sama meninggal dunia.

Ibu bapa inipun memindahkan anak ke 3 mereka ke sekolah yang lain kerana terlalu sedih dan terkenang anak2 mereka yang telah meninggal dunia. Namun anak yang ke 3 ini juga telah meninggal dunia. Kebetulan terdapat aktiviti sukan sekolah2 dan anak ke 3 ini telah pergi ke sekolah arwah abang2nya untuk aktiviti/pertandingan. Anak ini meninggal dunia mengejut juga semasa bersukan.
POST MORTEM- TIADA SEBAB KEMATIAN DIKESAN juga.

Doktor mendapati mereka mempunyai masalah genetik khusus, tidak boleh lakukan aktiviti lasak.

Dugaan cukup besar untuk ibubapa malang tersebut. Sudahlah kehilangan anak2, ditambah pula kebingungan kerana tidak tahu punca kematian yang khusus. Akhirnya telah dilakukan ujian genetik terhadap mangsa2 ini. Dan didapati mereka mempunyai masalah kecacatan genetik khusus. Ada gene dalam kromosom mereka yang missing. Ini menyebabkan mereka tidak boleh melakukan aktiviti lasak. Jika dilakukan, jantung mereka akan secara tiba2 mengalami renjatan dan mangsa meninggal dunia. Apabila disiasat lanjut, memang benar, ketiga2 anak malang tersebut telah melakukan aktiviti sukan seperti PJ, bersukan, bermain dsbgnya ketika meninggal dunia.

Jangan mudah percaya cerita tahyul & mitos.

Kes ini amat menarik dan saya percaya masih ramai penduduk kawasan tersebut mempercayai bahawa anak2 itu meninggal dunia disebabkan jin. Mereka memang meninggal dunia disebabkan oleh masalah gene bukan jin.

Saya bertanya lanjut kepada sahabat saya ini apakah diagnosis khusus masalah genetik tersebut tetapi sahabat saya tidak ingat kerana kisah ini telah diceritakan kepadanya agak lama. Namun saya fikir dengan cerita yang beliau berikan ini berkemungkinan kes ini adalah Long QT Syndrome atau Brugada Syndrome yang merupakan kecacatan pada laluan elektrik jantung hingga pesakit meninggal dunia mengejut dek renjatan jantung.

Masyarakat kita amat mudah mempercayai kisah2 tahyul, cerita2 seram, mitos, skandal dan menyebarkan berita tidak sahih tanpa siasatan. Apa boleh buat…agamawan kita juga menyalahkan kerajaan dan pemimpin atas bala bencana yang menimpa negara seperti kemalangan kapalterbang dan banjir. Dikatakan seolah2 keberkatan sudah hilang. Bumi, lautan dan langit juga kononnya tidak suka pada kita. Sedangkan ia hanyalah ujiian Allah ke atas orang2 yang beriman.

sumber : Abdul Rahman Abdul Kadir

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×