berita

‘Kita Adalah Contoh Pertama Mereka’ – Cara Seorang Ayah Menjawab Soalan Anaknya Ini Wajib Dicontohi

August 3rd, 2016 | by Ai
Kini Trending

noor1.1

Kadangkala kita jadi pelik mengapa ada manusia yang sanggup membanding-bezakan sesama sendiri. Mereka ni sering membandingkan agama, warna kulit, pangkat dan macam-macam lagi. Teruk sangat ke jadi Muslim? Hina sangat ke menjadi seorang Afrika? Jijik sangat jika kita adalah seorang fakir?

Kali ini, kami share pengalaman wanita ini mengenai situasi yang dialaminya ketika makan di sebuah restoran di luar negara. Kisah bagaimana kebijaksanaan dan kematangan seorang bapa dalam memberi jawapan terbaik untuk persoalan anaknya.

Kenapa dia pakai macam tu?

noor2

Saya sedang makan di sebuah restoren dan kelihatan seorang bapa duduk makan bersama dua anak perempuannya. Saya terdengar perbualan mereka. Anak perempuannya menyoal tentang bermacam perkara. Sungguh, saya kagum dengan kepetahan dan sifat ingin tahu mereka.

Salah seorang anak perempuannya melihat saya sebelum bertanya, “Ayah, kenapa dia pakai macam tu?” (Merujuk kepada tudung yang saya pakai)

Jawapan si ayah yang sangat mengejutkan

noor6

Ayah mereka menjawab dengan sesuatu yang membuatkan saya terharu dan terkesima. Katanya, “Terdapat pelbagai jenis agama, budaya dan bahasa. Kita harus belajar mengenai semuanya.”

Dia kemudiannya berkongsi pengalaman peribadi semasa dia tinggal di luar negara dan mempelajari bahasa Sepanyol.

Kita adalah contoh pertama mereka

noor4

Hal ini mengingatkan saya kepada salah sebuah kajian Harvard yang pernah saya baca.

“Anak-anak yang terdedah kepada rasisme sangat mudah bersetuju dan menerimanya seawal usia 3 tahun, serta dalam masa beberapa hari sahaja.”

Kesimpulannya: Inilah cara bagaimana kita mengajar kasih sayang, penerimaan, pemahaman dan hormat-menghormati. Ia bermula sedari kecil lagi. Anak-anak mendengar dan meniru setiap perbuatan dan pemikiran ibu bapanya. Kita adalah contoh pertama mereka.

Sumber: FB Noor Wazwaz

SKIP THIS AD ×