berita

Kita Dalam Industri Nak Bekerja Bukan Bergaduh – Chacha Maembong Respon Isu Emma & Wirefame

June 25th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

chacha

Rasanya semua pasti ingat kontroversi mengenai Emma Maembong yang dikatakan melanggar kontrak dan menguruskan kerjaya lakonannya sendiri tanpa melalui syarikat naungannya iaitu Wirefame Entertainment (WFE) kan?

Dek kerana itu, ramai yang menyangka adik Emma iaitu Chacha Maembong turut terkena tempias dari masalah kakaknya itu. Mana taknya, Chacha kan artis dibawah WFE juga.

Namun kami sempat bertanyakan soalan ini ketika menemui Chacha disebuah majlis. Chacha menjelaskan dia sama sekali tiada masalah dengan WFE dan kakaknya itu.

emma_chacha - Maembong1

Kalau korang nak tahu, Chacha sedikit pun tak mahu ikut campur dalam urusan Emma dengan WFE. Bukan tak nak back up kakak, tapi Chacha memilih untuk bersikap lebih profesional.

Chacha masih dengan Wirefame, tak ada masalah, Chacha dengan Wirefame kitorang rapat juga, Chacha sebagai artis mereka apa yang Chacha buat akan kerja selagi mana boleh. Kalau dah habis kontrak nanti baru kita fikir nak sambung ke tak nak.

Mengenai isu Emma, kami okay. Emma tetap kakak, kerja tetap kerja. So, apa Chacha buat, Chacha tak kan nak masukkan hal personal dekat Wirefame, Chacha bahagi dualah.

Bagaimanapun, kalau dah namanya adik beradik, cubit peha kiri, peha kanan pun terasa juga betul tak? Chacha mengakui dia turut merasa tersepit dengan situasi itu tetapi dia tetap memilih untuk tidak menjadi orang tengah antara Emma dan WFE.

Kadang-kadang ada rasa tersepit, kita sebagai adik kan tak tahu nak buat apa, tapi kami dah berbincang elok-elok dengan Emma dan company, Chacha cakap, walaupun korang gaduh ke apa, Chacha tak nak jadi orang tengah sebab susah, kita dalam industri ni nak bekerja bukan bergaduh.

Baguslah kalau dah ada pertimbangan begitu Chacha, Insya Allah karier akan berkembang mekar seperti bunga ditaman. Gitchu! Kami respek kat Chacha kerana bersikap profesional dan mampu menguruskan kerjaya dengan baik.

Untuk pengetahuan peminat tegar Chacha, nantikan kemunculan gadis ini Aidilfitri nanti dengan telemovie berjudul ‘Wak Yoh Samad Said’. Apapun, jom intai sikit aktiviti Chacha di Instagram. Layan!

SKIP THIS AD ×