Susulan daripada kes Da’i Syed yang terpalit dengan dakwaan kontroversi jenayah seksual, penceramah bebas Pencetus Ummah Syed Bakri menerusi laman Instagram menasihati netizen agar tidak menyebarkan perkara yang belum sahih.
Artikel berkaitan: Konon Nak Bantu Rawat Kemurungan, Pendakwah Muda Ditahan Disyaki Rogol Rakan
PU Syed Bakri mengambil kesempatan menasihati orang ramai agar tidak mudah untuk menunding jari. Tambahnya, biar kes melibatkan rakan industrinya itu diselesaikan oleh pihak mahkamah.
Biarlah mahkamah menghakimi
View this post on Instagram
Menurut PU Syed, perkara tersebut seharusnya diserahkan kepada pihak berkuasa tanpa perlu campur tangan orang ramai sehingga ada yang sanggup membuka aib Da’i Syed atau mana-mana pihak.
Tambahnya lagi, ujian sebagai pendakwah di usia mudah sungguh berat kerana terpaksa berdepan dengan pelbagai pancaroba yang tidak pernah disangkakan terjadi.
Kita juga ada aib yang Allah simpan untuk itu cukup-cukuplah kita sebarkan keaiban manusia lain dek kerana inginkan sensasi dan panas.
Sumber: PU Syed