Rumah tangga penyanyi Alyah dan pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS sedikit bergoyah dan menimbulkan spekulasi apabila penyanyi Sesal Separuh Nyawa itu meninggalkan komen yang tidak sepatutnya di Instagram suaminya.
Artikel berkaitan: ‘Kalau Buat Bacaan Quran Dekat Rumah Dia Panas’ – Alyah Mengamuk Di IG Tokram?
Terbaru, menerusi laporan Metro, Alyah menjawab segala persoalan netizen mengenai masalah rumah tangganya itu.
Saya tetap akan muncul
Alyah menjawab mengenai keadaan dirinya selepas kecoh di media sosial berhubung komen yang ditinggalkan penyanyi ini di ruang komen Instagram suaminya. Alyah juga menyifatkan masalah itu adalah bukan sesuatu yang besar baginya.
Saya bukan orang yang lari daripada masalah. Saya bukan jenis macam itu. Walau besar mana pun masalah saya, saya tetap akan muncul. Dari dulu lagi, apa pun kontroversi saya tetap ada.
I reserve my comment…
Kehidupan diteruskan macam biasa
Saya sudah lalui banyak perkara dalam hidup. Tiga hari lalu bukanlah masalah besar. Cuma macam saya katakan, mustahil dalam setahun tak lalui benda buruk dalam hidup.
Kita manusia dan bukannya robot. Tetapi terpulang sejauh mana kita menerima dan berdepan dengan perkara itu. Macam saya, kehidupan diteruskan macam biasa. Saya keluar pandu kereta sendiri, pergi makan, teruskan kerjaya seni dan banyak lagi
Penyanyi ini juga kongsi mengenai lagu nyanyiannya, Jutaan Purnama dan Kau Milikku yang mengisahkan mengenai kisah hidup dan perjalanan dilalui Alyah selama ini.
Saya lagi seronok. Ditambah dengan sambutan penonton yang sangat ‘happening’. Mereka lebih menghargai saya. Jadi, apa pun yang saya lalui, saya tak boleh ‘down’. Kalau mereka tak hargai saya, mereka akan duduk diam saja. Tetapi ini tidak. Disebabkan itu, saya kena berikan yang terbaik.
Sumber: Metro